Utusan Borneo (Sabah)

Nilai saksama ringgit diunjur RM4.20 berbanding dolar AS

-

KUALA LUMPUR: Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurk­an nilai saksama ringgit berdasarka­n kepada asas ekonomi semasa berada pada RM4.20 berbanding dolar AS.

Pada 9.03 pagi semalam, ringgit diniagakan pada 4.4070/4120 berbanding dolar AS, turun daripada 4.4030/4060 yang dicatatkan pada jam 6 petang Isnin.

Felo Penyelidik­an Kanannnya Dr Zulkiply Omar berkata nilai itu adalah berdasarka­n kepada kekukuhan ekonomi dan permintaan terhadap ringgit ketika eksport berkembang sejajar dengan pertumbuha­n ekonomi global.

“Bagaimanap­un, dagangan di bawah nilai ringgit ketika ini dipengaruh­i oleh sentimen yang juga merupakan faktor yang menyebabka­n turun naik mata wang.

“Sentimen biasanya mempengaru­hi ringgit menerusi aliran modal. Setiap kali sesuatu berlaku, berkaitan ekonomi atau apa juga faktor, sentimen mempengaru­hi pelabur dan keputusan mereka untuk menggerak masuk dan keluar modal dari negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Taklimat Ekonomi Korporat Ke-22 MIER, di sini, hari ini.

Zulkiply berkata langkahlan­gkah Bank Negara Malaysia untuk mengetatka­n kawalan dagangan kontrak tanpa serahan (NDF) ringgit dan mengekang aktiviti spekulasi di pasaran luar pesisir pada November tahun lepas, membantu mengurangk­an turun naik ringgit.

Pada masa hadapan, beliau berkata ringgit dijangka bertambah baik sejajar dengan ekonomi global.

“Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabang­sa menjangka permintaan dunia tahun ini berkembang berbanding tahun lepas.

“Jadi, harapan (kami) adalah, eksport Malaysia akan meningkat dan mempengaru­hi permintaan terhadap ringgit, yang seterusnya dijangka bertambah baik,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia