Utusan Borneo (Sabah)

Persediaan Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017 berjalan lancar

- Oleh JOHN TAMBANAN

KOTA KINABALU: Persediaan Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017 berjalan lancar termasuk aturcara bagi acara terakhir pada 14 Mei 2017 dimana Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong adalah antara tetamu khas.

Presiden FCAS Datuk Seri Panglima (Dr.) T.C. Goh, J.P dan Naib Presiden 1 merangkap Pengerusi Penganjur Datuk Susan Wong telah menyampaik­an kad jemputan rasmi kepada Edward Yong kelmarin.

Yang Di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin akan menjadi tetamu kehormat Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017 pada 14 Mei (Ahad), dan akan turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman untuk menyaksika­n acara sukan antarabang­sa ini.

Semasa perlumbaan perahu naga antarbangs­a itu, pihak penganjur akan mengadakan pertanding­an memasak “ZongZi” dan akan disajikan di majlis itu bagi memperinga­ti Festival PerahuNaga­yangmerupa­kan hari cuti tradisiona­l berasal dari China, yang berlaku menjelang musim panas.

Pendaftara­n Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke-4 FCAS Sabah 2017 masih dibuka kepada peserta, bagi mereka yang berminat untuk menyertai sila hubungi urusetia untuk maklumat lanjut, 016-8218488 (Glorina Yu)atau016-8279675(Victor Ting) atau 013-8504007 ( Zachary); pendaftara­n akan ditutup pada 7 Mei 2017.

Turut menyaksika­n penyerahan jemputan kad rasmi kepada Edward Yong termasuk Naib Presiden 4 FCAS Kapitan Lim Vun Chan, Naib Presiden 5 FCAS Lee Hing Boo, Ahli Jawatankua­sa Tetap Ng Young Wah dan Jawatankua­sa Pusat Tan Guan Hock.

 ??  ?? T.C. Goh, J.P (tiga dari kiri) dan Susan Wong (tiga dari kanan) menyampaik­an jemputan kad rasmi Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke4 FCAS Sabah 2017 kepada Datuk Edward Yong dan disaksikan oleh jawatankua­sa yang hadir.
T.C. Goh, J.P (tiga dari kiri) dan Susan Wong (tiga dari kanan) menyampaik­an jemputan kad rasmi Perlumbaan Perahu Naga Antarabang­sa Ke4 FCAS Sabah 2017 kepada Datuk Edward Yong dan disaksikan oleh jawatankua­sa yang hadir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia