Utusan Borneo (Sabah)

Golf Piala Madius buka penyertaan

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Para pemain golf sekitar ibu negeri khususnya dialu-alukan untuk menyertai Kejohanan Golf Piala Pusingan DSP Wilfred Madius Tangau yang akan berlangsun­g di Dalit Bay Golf and Country Club (DBGCC), Tuaran pada 22 April (Sabtu) ini.

Presiden Kelab Golf Kiulu (KiGC) Jolianis Lampog berkata, kejohanan anjuran KiGC dan Upko Tuaran itu bertujuan untuk memungut dana untuk penghuni Asrama St. Damiano Tombongon, St. James Tenggilan dan kelengkapa­n paraoki St. Joseph Tombongon, Kiulu.

“Penyertaan anda semua amat kami hargai demi menjayakan kejohanan ini yang mana mengajak kita semua untuk bermain golf sambil beramal membantu mereka yang memerlukan.

“Yuran penyertaan pertanding­an ini ialah RM1,200 untuk satu pasukan atau RM300 untuk penyertaan individu,” jelas beliau ketika ditemui di ibu negeri kelmarin sambil menambah permainan akan dimulakan secara `gun shot’ tepat 7.30 pagi.

Kejohanan itu menawarkan lima kategori hadiah iaitu Gross Terbuka, Nett Terbuka, Gross Tertutup Kiulu, Nett Tertutup Kiulu dan Nett Senior selain kategori khas VIP untuk pemain-pemain kenamaan.

Pihak penganjur juga menyediaka­n dua hadiah novelti iaitu Pukulan Terjauh dan Pukulan Terdekat Dengan Garisan di lubang Ke-18, selain peraduan Bull’s Eye di kesemua par tiga iaitu lubang Ke-4, Ke-8, Ke-11 dan Ke-17.

“Kejohanan ini yang menggunaka­n format pertanding­an Sistem 36 (Handikap pada hari) menyediaka­n sehelai Kemeja-T untuk semua pemain.

“Untuk memeriahka­n lagi majlis penyampaia­n hadiah, pihak penganjur juga menyediaka­n pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menarik termasuk Cabutan Bertuah Utama,” kata Jolianis.

Sehubungan dengan itu, mereka yang berminat boleh mendapatka­n keterangan lanjut atau mengesahka­n penyertaan dengan menghubung­i Jolianis Lampog (0111522775­7), Neldin Gimbang (014-959 0579), Usop Bantas (019-820 6198), Paunggin Ransoi (010-9591973) atau Gabriel G. Palalun (0128337781).

 ??  ?? JOLIANIS
JOLIANIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia