Utusan Borneo (Sabah)

Catur: MSSD Sandakan kekal juara

Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2017

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 156 peserta dari empat daerah iaitu Sandakan,Beluran,Telupid dan Kinabatang­an menyertai Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2017 yang berlangsun­g di MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens pada 11-12 April 2017.

Mereka berentap untuk merebut tempat mewakili MSSB Sandakan ke Kejohanan Catur MSS Sabah pada 11 hingga 14 Julai nanti.

Pengerusi Teknik dan Pembanguna­n Sukan Catur Daerah Sandakan Ron Jimeno berkata kejohanan pada kali ini telah memberikan satu fenomena baru apabila kebanyakan peserta memberikan kejutan dengan mengalahka­n beberapa pemain pilihan.

“Malah kualiti pemain pada tahun ini bertambah baik dari masa ke semasa,” katanya.

Bagaimanap­un, Ron berkata keunggulan pasukan dari MSSD Sandakan tidak dapat disangkal dan disekat oleh mana-mana pasukan dari tiga daerah lain apabila pasukan MSSD Sandakan berjaya mengekalka­n kejuaraan keseluruha­n sekali lagi dengan pungutan 186 mata meninggalk­an MSSD Telupid di tempat kedua, MSSD Kinabatang­an di tempat ketiga dan MSSD Beluran di tempat keempat.

MSSD Sandakan mengunggul­i empat kategori berpasukan dengan menjadi johan Berpasukan Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun, Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun, Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun dan Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun.

Manakala MSSD Telupid merangkul johan Berpasukan Kategori Lelaki dan Perempuan Bawah 12 Tahun. Sementara pasukan MSSD Kinabatang­an dan Beluran masing-masing menduduki tempat ketiga dan keempat bagi enam kategori yang dipertandi­ngkan.

Berikut adalah keputusan akhir individu didahului dengan Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun yang dirampas kejuaraann­ya oleh Cherol Calistin (MSSD Telupid), naib johan Mohammad Afiq Mohd Za’im (MSSD Sandakan), ketiga Reno Maxvianly Roni (MSSD Beluran), kempat Fendy Fredolin (MSSD Telupid) dan Rhyno Rodny serta Ellezar Paul masingmasi­ng menduduki tempat kelima dan keenam yang juga keduanya dari MSSD Telupid.

Pemain Terbaik Lelaki Bawah 9 Tahun Jacklis Justin dari MSSD Telupid. Manakala Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun pula johan dan naib johan dimenangi oleh Veloria Avy Judith dan Laura Jedrie (MSSD Telupid), tempat ketiga Ivyoletta Viola Jalumin yang juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Perempuan Bawah 9 Tahun (MSSD Sandakan). Manakala tempat keempat hingga keenam dimenangi oleh Nur Aisya Anbya Ahmad (MSSD Sandakan), Siti Sazliana Saidi dan Nursyafiqa­h Sarmin (MSSD Kinabatang­an).

Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun pula johan, naib johan dan ketiga diungguli dari MSSD Sandakan iaitu Mulyiadi Bacthiar Petta Puna, Mohammad Ismail Selamat dan Razeman Roslee. Tempat keempat hingga keenam dimenangi oleh Erionzell Sirab (MSSD Telupid), Remzie Rastin (MSSD Sandakan) dan Caleb Jordan Raymond (MSSD Telupid).

Bagi Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun pula MSSD Sandakan sekali lagi mengunggul­i kedudukan johan dan naib johan iaitu Siti Norazlin Adzlee dan Sapura Mohd Masdin diikuti oleh pemain dari MSSD Telupid yang berada di kedudukan tempat ketiga dan keempat iaitu Nicolly Minsih dan Grace Annety Rulin. Manakala kedudukan tempat kelima dan keenam dimenangi oleh Nurulanis Omarali dan Aisyah Sabrina Ardian Syah juga dari MSSD Sandakan.

Mohammad Aiman Nordin dari MSSD Sandakan telah berjaya merampas kejuaraan dari pasukan MSSD Telupid iaitu Mazlan Gibon yang merangkul naib johan bagi Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun. Tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Syahiir Syah Mohd Sallan (MSSD Sandakan), manakala tempat kelima dan keenam masing-masing dimenangi dari MSSD Telupid dan MSSD Kinabatang­an iaitu Ramsey Sevillano dan Krizland Deo Philip.

Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun pula, Nur Naz Hirah Yusuf dari MSSD Sandakan telah berjaya mempertaha­nkan kejuaraan yang dimenangin­ya tahun lalu diikuti oleh rakan sepasukann­ya Dayang Bachtiniss­a Nasriana Mohd Nasir selaku naib johan. Tempat ketiga dan keempat dimenangi oleh pemain dari MSSD Telupid iaitu Airolin Julis dan Azreen Ezriana Julis. Manakala tempat kelima dan keenam dimenangi oleh Lara Alex Brunei (MSSD Kinabatang­an) dan Kmalia Kamarudin (MSSD Sandakan).

Majlis perasmian dan penangguha­n Kejohanan Catur MSSB Sandakan disempurna­kan oleh Pengetua MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens Mohd Rizalmi Dahaman yang turut dihadiri oleh Penyelia Sukan PPD Sandakan Suriyansya­h Mohd Yunus dan Penyelia Sukan PPD Kinabatang­an Dani Akip.

 ??  ?? JOHAN Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun Nur Naz Hirah Yusof.
JOHAN Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun Nur Naz Hirah Yusof.
 ??  ?? JOHAN Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun Mulyiadi Bacthiar Petta Puna.
JOHAN Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun Mulyiadi Bacthiar Petta Puna.
 ??  ?? JOHAN Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun Mohammad Aiman Nordin.
JOHAN Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun Mohammad Aiman Nordin.
 ??  ?? JOHAN Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun Cherol Calistin.
JOHAN Kategori Lelaki Bawah 12 Tahun Cherol Calistin.
 ??  ?? JOHAN Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun Siti Norazlin Adzlee.
JOHAN Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun Siti Norazlin Adzlee.
 ??  ?? JOHAN Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun Veloria Avy Judith.
JOHAN Kategori Perempuan Bawah 12 Tahun Veloria Avy Judith.
 ??  ?? TEMPAT Ketiga Perempuan Bawah 12 Tahun dan Pemain Terbaik Perempuan Bawah 9 Tahun Ivyoletta Viola Jalumin.
TEMPAT Ketiga Perempuan Bawah 12 Tahun dan Pemain Terbaik Perempuan Bawah 9 Tahun Ivyoletta Viola Jalumin.
 ??  ?? PEMAIN Terbaik Lelaki Bawah 9 Tahun Jacklis Justin.
PEMAIN Terbaik Lelaki Bawah 9 Tahun Jacklis Justin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia