Utusan Borneo (Sabah)

Irfan pecahkan dua rekod Malaysia

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Pilot Paraglidin­g berasal dari Sabah Mohammed Irfan Esmadol memecahkan dua rekod Malaysia untuk acara terbang secara solo dan tandem (berdua) semasa ‘Malaysian Cross Country Skill Enhancemen­t Trip’ (XC Camp 2017) di Khao Sado, Thailand yang berakhir pada Ahad.

Dalam acara terbang secara solo, Irfan berjaya terbang sejauh 170km. Rekod lama yang dicatatkan dalam acara paraglidin­g solo ini adalah milik Norhaqimy Ismail yang terbang secara solo sejauh 105km.

Rekod kedua yang dicipta olehnya adalah acara terbang secara tandem dengan rekod berada lima jam di ruangan udara dengan jarak 106km.

Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan (Motac) Sabah Ag Ahmad Zaki Abu Bakar berkata dengan ini secara tidak rasmi Irfan memegang rekod paraglidin­g rentas negara dengan catatan melebihi 100km bagi negara Asia Tenggara.

Program yang diadakan pada 9 hingga 16 April di Thailand itu adalah satu kebanggaan buat rakyat Malaysia terutama yang berada di Sabah.

Menerusi kejayaan itu, Zaki meletakkaa­n harapan yang tinggi agar aktiviti sukan lasak paraglidin­g itu dapat diberi perhatian oleh kementeria­n atau jabatan berkaitan agar sukan ini dijadikan acara sukan yang mampu menarik kemasukan pelancong ke negeri ini.

Menurutnya acara sukan sebegitu sememangny­a mempunyai pasaran yang baik dalam sector pelanconga­n di Sabah. Malah sukan itu juga berpotensi untuk dimasukkan dalam acara sukan utama dalam sukan peringkat Malaysia, Asia mahupun Olimpik.

Beliau percaya sukan ni mempunyai masa depan yang cerah sama ada dari aspek pelanconga­n mahupun sukan antarabang­sa.

Bagaimanap­un dalam usaha mempromosi­kan sukan lasak ini, kemudahan infrastruk­tur tempat pelepasan dan pendaratan perlu diwujudkan dan ditambahba­ik. Ia kerana kemudahan yang disediakan di negara Asia lain dalam sukan paraglidin­g ini jauh lebih baik berbanding apa yang ada di Malaysia.

“Malah insuran juga perlu disediakan bagi acara sukan lasak sebegini. Sukan ini mempunyai risiko tinggi terhadap kemalangan. Namun, setakat ini tiada pihak insuran yang sanggup menawarkan insuran kepada pilot mahupun pengikut yang menyertai tandem.

“Diharap dengan kejayaan yang dicipta Irfan ini dapat membantu meningkatk­an lagi perkembang­an sukan lasak paraglidin­g ini di Malaysia secara amnya serta di Sabah secara khusus,” jelasnya.

Program berkenaan disertai lebih 150 orang pilot paraglidin­g dari Thailand, Vietnam, Hong Kong, Jepun, China, United Kingdom, Perancis, Itali, Sepanyolse­rtabeberap­anegara lain.

 ??  ?? IRFAN Esmadol memecahkan dua rekod Malaysia untuk acara terbang secara solo dan tandem (berdua).
IRFAN Esmadol memecahkan dua rekod Malaysia untuk acara terbang secara solo dan tandem (berdua).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia