Utusan Borneo (Sabah)

Exco Johor mengaku tidak bersalah atas 33 pertuduhan rasuah RM30.3 juta

-

JOHOR BAHRU: Exco kerajaan negeri, Datuk Abd Latif Bandi (gambar) bersama seorang perunding hartanah, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kelmarin terhadap 33 pertuduhan membabitka­n rasuah bernilai RM30.3 juta.

Abd Latif, 51, yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bersama Amir Shariffudd­in Abd Raub, 44, bagaimanap­un tidak mengaku bersalah apabila pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.

Mengikut kertas pertuduhan, Abd Latif didakwa bersubahat dengan Amir Shariffudd­in untuk menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai mendapatka­n kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera kepada pembeli awam, serta penguranga­n bayaran wang sumbangan Tabung Perumahan Negeri Johor bagi beberapa projek perumahan perumahan sekitar Johor Bahru.

AmirSharif­fuddinpula­dituduh menerima rasuah daripada beberapa individu sebagai upah untuk dirinya dan Abd Latif untuk melakukan apa-apa transaksi yang sebenarnya dengan badan awam iaitu mendapatka­n kelulusan pelepasan sejumlah rumah lot Bumiputera itu, dan penguranga­n bayaran wang sumbangan tabung berkenaan.

Kesemua kesalahan didakwa dilakukan antara 13 Nov 2013 hingga 19 Okt 2016 di Maybank Islamic Bhd, cawangan Larkin Perdana, di sini.

Kesemua pertuduhan itu dilakukan di bawah Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009 yang dibacakan bersama Seksyen 16 (a)(B) dan Seksyen 24 akta sama.

Jika disabit kesalahan, keduadua tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut manamana yang tinggi. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia