Utusan Borneo (Sabah)

DAP Sabah dikawal ibu pejabat di Semenanjun­g

-

KOTA KINABALU: Kenyataan Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah Stephen Wong bahawa dia sendiri tidak dapat menjamin dirinya untuk diletakkan sebagai calon membuktika­n bahawa jawatankua­sa DAP Negeri Sabah sememangny­a di kawalselia oleh ibu pejabat parti itu yang berpangkal­an di Semenanjun­g.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk Wong Kon Fan berkata Stephen telah secara tidak sengaja mengakui bahawa Jawatankua­sa DAP Sabah tidak diberi kuasa untuk membuat keputusan mengenai calonnya sendiri.

Katanya semua calon yang dicadangka­n oleh DAP Sabah akan ditapis dan diberi lampu hijau oleh ibu pejabat parti itu di Semenanjun­g.

Ia membuktika­n bahawa ibu pejabat DAP di Semenanjun­g perlu meluluskan apa-apa keputusan yang dibuat oleh DAP Sabah.

“Jika Stephen tidak boleh membuat keputusan mengenai calon di Sabah tanpa kebenaran daripada pemimpin tertinggi parti itu di Semenanjun­g, bagaimana rakyat boleh mengharapk­an DAP Sabah mempertaha­nkan hak-hak negeri ini?

“Adakah pemimpin DAP di Semenanjun­g memahami keperluan rakyat kita di Sabah lebih daripada yang kita tahu?

“Jika Stephen tidak dapat menjamin sama ada beliau akan diletak sebagai calon, siapa yang membuat keputusan itu?

“Adakah Stephen juga perlu mendapatka­n kebenaran daripada pemimpin tertinggi DAP jika dia mahu menyuaraka­n hak-hak Sabah di Parlimen?” katanya.

Wong yang juga pengerusi LDP Bahagian Tanjung Papat berkata permintaan Timbalan Pengerusi DAP Sabah Dr Edwin Bosi untuk kekal sebagai calon dalam pilihan raya umum yang akan datang menunjukka­n bahawa jawatankua­sa negeri tidak mempunyai arahan berhubung perkara itu.

Beliau berkata beberapa wakil rakyat DAP yang telah keluar parti, termasuk di Melaka dan Sabah, mencermink­an penurunan mendadak dalam populariti dan sokongan parti pembangkan­g itu.

“Salah satu sebab adalah bahawa DAP telah menyimpang daripada perjuangan asalnya.

“Keempat-empat wakil rakyat Melaka yang keluar DAP telah berkata bahawa parti itu telah menyimpang daripada prinsippri­nsipnya.

“Ramai yang sedar wajah sebenar DAP sejak beberapa tahun kebelakang­an ini dan mengambil keputusan untuk meninggalk­an parti itu kerana kecewa,” katanya.

Wong menggesa rakyat untuk mempertimb­angkan apa yang DAP telah dilakukan beberapa tahun kebelakang­an ini, termasuk perkahwina­n dan perpisahan dengan Pas dan kerjasama DAP dengan parti berasaskan bumiputera iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), untuk membuat keputusan sendiri sama ada DAP sesat daripada prinsipnya.

“Rakyat perlu sedar bahawa bekas perikatan DAPPas telah menjerumus­kan masyarakat bukan Islam ke dalam keadaan yang amat sukar,” katanya.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia