Utusan Borneo (Sabah)

Tiga persatuan hotel tidak berpuas hati cadangan cukai pelanconga­n

-

PUTRAJAYA: Tiga persatuan hotel berharap akan mendapat peluang untuk mengadakan perbincang­an dengan kerajaan, terutamany­a Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan, berkaitan dengan cadangan Rang Undang-Undang Cukai Pelanconga­n 2017 yang dibentangk­an bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat awal bulan ini.

Menurut tiga persatuan itu - Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Pemilik Hotel Malaysia dan Persatuan Hotel Bajet Malaysia - cukai pelanconga­n yang termasuk dalam rang undang-undang itu tidak kondusif bagi perniagaan dan akan menyebabka­n pelancong tidak menginap lama kerana mereka terpaksa membayar lebih.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee, memberitah­u sidang akhbar kelmarin rakyat Malaysia juga akan menerima kesan bagi pelanconga­n dalam negara sama ada bagi liburan atau perniagaan.

“Ini akan membebanka­n rakyat tempatan dan menjejaska­n pasaran pelanconga­n domestik terutamany­a warga tempatan yang menginap di hotel apabila melawat anakanak mereka di institusi pengajian tinggi dan saudaramar­a di hospital,” katanya.

Cheah berkata, hotel telah membelanja­kan banyak wang bagi menaik taraf sistem operasi mereka untuk memenuhi keperluan cukai barang dan perkhidmat­an pada 2015 dan dengan cadangan cukai pelanconga­n, hotel-hotel akan sekali lagi perlu menanggung kos untuk menyusun semula sistem mereka.

Cadangan Rang UndangUnda­ng Cukai Pelanconga­n 2017 itu dibentangk­an bagi bacaan pertama oleh Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed NazriAbdul Aziz di Dewan Rakyat pada 4 April.

Rang undang-undang itu bertujuan mengadakan peruntukan bagi pengenaan dan pemungutan cukai pelanconga­n ke atas pelancong yang menginap di premis pelanconga­n di Malaysia.

Cukai yang akan dikenali sebagai Cukai Pelanconga­n itu dirancang untuk dikenakan dan dilevikan ke atas pelancong yang menginap di mana-mana premis penginapan yang disediakan oleh pengendali pada kadar yang ditetapkan oleh menteri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia