Utusan Borneo (Sabah)

Usbo susun semula kepimpinan

Pandikar sampaikan watikah pelantikan kepada AMT baharu

-

KOTAK INA BALU: Presiden Usbo Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia menyampaik­an watikah pelantikan kepada Ahli Majlis Tertinggi (AMT) badan itu yang berlangsun­g di sini, baru-baru ini.

Bekas penjawat awam Datuk Haji Aliasgar Haji Basri dilantik sebagai Timbalan Presiden II Usbo.

Jawatan Setiausaha Agung kini diterajui pegawai kerajaan, Dr Kadir Haji Jaafar menggantik­an Timbalan Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Nasrun Datu Mansur, yang sibuk dengan tugasan baharu di peringkat persekutua­n.

Jawatan Ketua Wanita pula kini disandang Norsima Simon dari Usbo Kunak.

Pandikar berkata pemilihan Kadir sebagai setiausaha agung baharu dibuat setelah mengambil kira latar belakang pendidikan dan pengalaman luas beliau dalam aspek diplomatik dan pengurusan pentadbira­n awam di peringkat Kerajaan Pusat. Beliau juga bertugas sebagai pegawai khas kepada Speaker Dewan Rakyat (Pandikar) sendiri.

“Alias gar pula adalah seorang yang berpengala­man luas dalam pengurusan organisasi dan beliau juga pernah berada dalam PSBB dulu yang sekarang ini Usbo. Tambahan pula, beliau mempunyai ciri-ciri kepemimpin­an yang dinamik dan berpengala­man luas dalam pengurusan sumber manusia melalui pengalaman­nya dalam perkhidmat­an awam.

“Beliau juga mempunyai semangat kesukarela­wanan yang tinggi. Sanggup menggalas tanggungja­wab yang diamanahka­n kepadanya,” katanya.

Norsima dilantik sebagai Ketua Wanita baharu atas komitmen beliau yang berterusan dalam Usbo. Beliau dilihat sebagai seorang yang difikirkan tuntas dan mempunyai ciri-ciri kepemimpin­an yang boleh melakar perubahan dalam kalangan wanita rumpun Usbo.

Pandikar turut menekankan betapa pentingnya semangat kerja berpasukan dalam sesebuah organisasi.

Justeru, beliau menasihati barisan kepemimpin­an baharu agar sentiasa meletakkan agenda memartabat­kan kepentinga­n rumpun Usbo sebagai teras utama kepada semua pertimbang­an, di samping terus menjalin hubungan baik dan harmoni dengan manamana pertubuhan lain yang mempunyai persamaan prinsip serta wadah perjuangan.

Dalam pada itu, antara AMT yang dikekalkan jawatan adalah Datuk Jemil Haji Sidah (Bendahari Agung), Haji Mohd Salim Haji Ibrahim (Ketua Penerangan) dan Mohd Pkhruddin Bian (Ketua Pemuda).

Pandikar berkata AMT lain yang dikekalkan jawatan dan pelantikan AMT baharu akan diberikan watikah pelantikan masing-masing pada majlis lain.

Beliau merakamkan penghargaa­n kepada bekas anggota barisan kepimpinan Usbo sebelum ini yang banyak menabur jasa dalam pertubuhan.

Beliau sendiri dan AMT Usbo serta ahli biasa yang lain akan mengadakan jelajah secara berkonvoi dari Kota Kinabalu ke Tungku Lahad Datu bermula Jumaat ini sebagai destinasi pertama dalam misi Usbo turun padang.

“Rakyat perlu diberikan maklumat sebaik mungkin betapa pentingnya mereka terus berdiri teguh dan menyokong kerajaan. Usbo merupakan NGO gabungan di bawah sayap komponen Barisan Nasional (BN),” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Presiden I Datuk Haji Salsidu Haji Ibrahim, Naib Naib Presiden Haji Mohd Said Hinayat, Haji Abdul Rashid Alan, Dr Haji Liddy Haji Sallun, Datuk Haji Gurahman Haji Lolong dan Datin Saadiah Haji Abdul Rashad.

Rakyat perlu diberikan maklumat sebaik mungkin betapa pentingnya mereka terus berdiri teguh dan menyokong kerajaan. Usbo merupakan NGO gabungan di bawah sayap komponen Barisan Nasional. TAN SRI PANDIKAR AMIN HAJI MULIA Presiden Usbo

 ??  ?? TAN Sri Pandikar menyampaik­an watikah pelantikan kepada Datuk Haji Aliasgar Haji Basri, Timbalan Presiden II Usbo.
TAN Sri Pandikar menyampaik­an watikah pelantikan kepada Datuk Haji Aliasgar Haji Basri, Timbalan Presiden II Usbo.
 ??  ?? PANDIKAR menyampaik­an watikah pelantikan kepada Dr Kadir Haji Jaafar, Setiausaha Agung Usbo
PANDIKAR menyampaik­an watikah pelantikan kepada Dr Kadir Haji Jaafar, Setiausaha Agung Usbo
 ??  ?? PANDIKAR menyampaik­an watikah pelantikan kepada Datuk Jemil Haji Sidah, Bendahari Agung Usbo
PANDIKAR menyampaik­an watikah pelantikan kepada Datuk Jemil Haji Sidah, Bendahari Agung Usbo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia