Utusan Borneo (Sabah)

Sabah tidak rela kempunan

Piala Presiden

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Skuad pelapis Sabah bertekad jadikan dua baki perlawanan termasuk menentang Kuala Lumpur di Mini Stadium UKM, Bangi hari ini untuk menamatkan kebuntuan kemenangan pusingan pertama dalam saingan Kumpulan B liga Piala Presiden.

Ketua jurulatih Justin Ganai berkata, tujuh perlawanan tanpa menang adalah rekod teruk yang perlu dihentikan segera dan beliau berharap pemain dapat melakukann­ya pada dua perlawanan terakhir pusingan pertama.

“Saya harap pemain sedar dengan kedudukan kita yang sangat memerlukan kemenangan. Pasukan ini sebenarnya bermasalah dalam membuat penyudah dan kami sudah memberi tumpuan kepada masalah ini dalam latihan tetapi nampaknya masih gagal mendapat hasil.

“Saya harap esok (hari ini) penyudah kita akan lebih baik dan dapat menyudahka­n setiap peluang yang ada,” kata Justin ketika dihubungi kelmarin bagi mengulas perlawanan kelapan Sabah menentang Kuala Lumpur di Mini Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor hari ini.

Menurutnya, selepas memulakan dua perlawanan pertama musim ini dengan keputusan seri, Sabah mula mengidap `penyakit ketumpulan penyudah’ menyebabka­nnya kalah lima perlawanan berturut-turut berikutnya di mana empat perlawanan terakhir mereka tanpa jaringan.

“Sebab itu saya telah ingatkan agar pemain tidak mensia-siakan peluang yang ada. Kita tentu dalam masalah kalau gagal menyudahka­n peluang yang ada dan pada masa yang sama pula gawang kita dibolosi.

“Sebab itu juga saya tidak mahu lagi gawang kita dibolosi kerana kesilapan-kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku. Pemain kena berhati-hati dan bersungguh-sungguh memastikan lawan tidak mendapat ruang dan peluang membolosi gawang kita,” katanya.

Justin membayangk­an kemungkina­n melakukan sedikit perubahan senarai pemain yang diharap dapat menjelmaka­n kemenangan pertama musim ini.

Rekod buruk kalah lima dan dua seri dari tujuh perlawanan setakat ini menyaksika­n Sabah terperosok ke kedudukan

Saya harap pemain sedar dengan kedudukan kita yang sangat memerlukan kemenangan. Pasukan ini sebenarnya bermasalah dalam membuat penyudah dan kami sudah memberi tumpuan kepada masalah ini dalam latihan tetapi nampaknya masih gagal mendapat hasil. JUSTIN GANAI Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia