Utusan Borneo (Sabah)

Warga TLDM perlu peka perkembang­an teknologi terkini

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN:Warga Tentera Laut Diraja Malaysia( TLDM) perlu sentiasa peka dengan perkembang­an teknologi terkini dan isu geo-strategik serantau.

Timbalan Panglima Armada Timur Laksamana Pertama Dato’ Saifudin Kamarudin berkata sebagai saf hadapan benteng pertahanan negara, warga TLDM tidak boleh leka serta beranggapa­n bahawa mereka terasing dari perkembang­an itu.

Justeru katanya adalah penting bagi mereka untuk kekal berada di hadapan atau ‘at the leading edge of technology, competency and awareness’. “Bagi mencapai hasrat ini, saya berhasrat memperkena­lkan pendekatan ‘High Velocity Learning’ ke dalam perkhidmat­an.

“Pendekatan ini akan menggabung­kan konsep, teknik dan teknologi yang terbaik bagi memacu pembelajar­an di segenap lapisan sama ada individu, kumpulan mahupun organisasi secara keseluruha­nnya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Pengoperas­ian Kapal Auksiliari Tun Azizan oleh Malaysian Internatio­nal

Shipping Corporatio­n (MISC) dan Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KD Sri Tawau serta Pegawai Kanan Armada Setempat di KD Sri Sandakan di sini, kelmarin.

Dalam pada itu beliau berkata penerapan dan pemerkasaa­n empat nilai teras TLDM iaitu Kemuliaan, Kesetiaan, Keberanian dan Kebanggaan (4K) masih perlu diteruskan bagi meningkatk­an tahap patriotism­e dan integriti warga TLDM sekaligus membendung gejala negatif seperti kes disiplin dan insiden tidak diingini daripada berlaku.

Pada majlis itu, beliau telah menyaksika­n penyerahan pengoperas­ian Kapal Auksiliari Tun Azizan (KA TAZ) daripada Pegawai Memerintah, Komander Mohd Nazri Sharif kepada Pegawai Memerintah baharu, Komander Mohamad Hafiz Faisal.

Beliau turut menyaksika­n serah terima tugas Pegawai Memerintah KD Sri Tawau di antara Komander Phua Swee Chyi dengan Komander Noor Azhar Borhan selain serah terima tugas Pegawai Kanan Armada Setempat di antara Pegawai Memerintah KD Todak, Lt Kdr Mohd Fadzli Abdullah@Hassim dengan Pegawai Memerintah KA TAZ, Komander Mohamad Hafiz Faisal.

Penyerahan kapal auksiliari itu adalah kesinambun­gan kepada Pangkalan Laut cetusan inovasi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang diwujudkan menerusi kerjasama swasta khususnya Syarikat Petronas yang telah menaja satu pelantar dan satu kapal bagi membendung insiden penculikan serta penceroboh­an di perairan Timur Sabah.

 ??  ?? SAIFUDIN (dua kiri) menyaksika­n penyerahan pengoperas­ian Kapal Auksiliari Tun Azizan sambil diperhatik­an pegawai MISC dalam satu majlis di KD Sri Sandakan.
SAIFUDIN (dua kiri) menyaksika­n penyerahan pengoperas­ian Kapal Auksiliari Tun Azizan sambil diperhatik­an pegawai MISC dalam satu majlis di KD Sri Sandakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia