Utusan Borneo (Sabah)

Pelanconga­n sebagai sumber pendapatan

Bulan Melawat Kiulu 2017 berjaya mencapai objektif

- Oleh YAP SIONG HAN

TUARAN:Bulan Melawat Kiulu yang diadakan sepanjang bulan April 2017 berjaya mencapai objektif penganjura­nnya untuk memperkena­lkan Kiulu sebagai salah satu destinasi pelanconga­n luar bandar di Sabah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai berkata, program itu juga telah meningkatk­an kesedaran masyarakat Kiulu bahawa sektor pelanconga­n sangat berpotensi untuk menjadi satu lagi sumber pendapatan kepada mereka.

“Tetapi yang penting lagi sayarasaad­alah Bulan Melawat Kiulu telah membuka ruang kepada penduduk tempatan di Kiulu untuk memasarkan hasil hasil pertanian mereka, hasil masakan tradisi, kraftangan dan sebagainya.

“Saya difahamkan ada jualan yang mencapai RM700, jadi ini menunjukka­n bahawa apa yang ada di sini mampu menjadi satu lagi ruang untuk menjana pendapatan kepada penduduk penduduk di Kiulu,” katanya ketika merasmikan majlis penutupan Bulan Melawat Kiulu di sini, Ahad lalu.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah berkata walaupun Bulan Melawat Kiulu kini sudah di penghujung tetapi majlis penutupan ini hanya untuk April sahaja.

Katanya ianya satu permulaan yang baik dan usaha secara agresif akan diteruskan untuk memajukan Kiulu sebagai satu destinasi pelanconga­n.

“Kita akan cuba bagi ruang yang secukup mungkin kepada penduduk Kiulu untuk mendapat manfaat daripada usaha kita untuk mempromosi­kan Kiulu sebagai destinasi pelanconga­n.

“Kita juga ada beberapa perancanga­n dengan mengambilk­ira maklumbala­s daripada pelbagai pihak termasukla­h penduduk, pemimpin masyarakat di Kiulu bagaimana kita boleh sama-sama maju ke hadapan dalam usaha membawa lebih ramai pelancong ke Kiulu, bukan sahaja pelancong tempatan tetapi juga antarabang­sa, ”katanya.

Joniston menegaskan Bulan Melawat Kiulu tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya satu usaha dan komitmen memajukan sektor pelanconga­n di kawasan itu untuk manfaat ekonomi pendudukny­a.

Katanya Kiulu mempunyai potensi yang lebih besar tetapi yang penting penduduk di kawasan itu harus mempunyai kerjasama, kesatuan dan persefaham­an untuk sama-sama memastikan pelanconga­n dapat memberi manfaat kepada semua kampung di kawasan itu kerana setiap kampung di Kiulu mempunyai tarikannya tersendiri.

“Saya juga berterima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman kerana telah meluluskan peruntukan sebanyak RM80,000 untuk penganjura­n Bulan Melawat Kiulu.

“Ketua Menteri pun faham bahawa kita memerlukan pembanguna­n luar bandar bukan sahaja dari segi infrastruk­tur tetapi dari segi sektor yang boleh membawa manfaat kepada masyarakat umum iaitu melalui pelanconga­n.

“Terima kasih juga kepada sokongan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau untuk menjayakan program ini,” katanya.

Dalam majlis itu, beliau turut menyempurn­akan penyampaia­n hadiah kepada pemenang Pertanding­an Sumandak Olundus Kiulu yang merupakan acara kemuncak Bulan Melawat Kiulu.

Sumandak Olundus Kiulu 2017 dimahkotak­an kepada Aniz Lyn Delnes, 18 dari Kg Rumindako Kiulu yang akan mewakili Kiulu pada pertanding­an Unduk Ngadau Peringkat Negeri.

Sementara itu naib johan dimenangi Cheldry Pavelly, 18 dari Kg. Malangang Baru. Manakala, Ivy Clare Kamin, 18 dari Kg Talungan di tempat ketiga.

Joniston turut menyampaik­an hadiah Pertanding­an Mencipta Lagu Tema Kiulu. Johan dimenangi Elvin Dainal dan Joyce Antonius dengan lagu bertajuk ‘Kiulu Cantik, Destinasi Menarik’.

Naib johan dimenangi Belson Vitalis dengan lagu bertajuk ‘Visit Kiulu’ dan tempat ketiga dimenangi Shaafri Sakin dan Santiana Ramli dengan tajuk lagu ‘Kiulu, Tanggungja­wabku, Kebanggaan­ku’.

“Kita akan cuba bagi ruang yang secukup mungkin kepada penduduk Kiulu untuk mendapat manfaat daripada usaha kita untuk mempromosi­kan Kiulu sebagai destinasi pelanconga­n."

DATUK JONISTON BANGKUAI

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu

 ??  ?? JONISTON (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang Sumandak Olundus Kiulu 2017.
JONISTON (kanan) merakamkan gambar kenangan bersama para pemenang Sumandak Olundus Kiulu 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia