Utusan Borneo (Sabah)

Henrynus keluar PBS, ketuai parti baharu PAKAR

-

KOTA KINABALU: Bekas Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Henrynus Aminmengum­umkan peletakan jawatan dan keahlian daripada parti itu.

Henrynus yang menjadi ahli PBS sejak 1986 telah menerima pencalonan sebagai Presiden Parti Kerjasama Rakyat Sabah (PAKAR) ketika mesyuarat agung parti baru itu kelmarin.

Henrynus yang juga Presiden Kongres Momogun Kebangsaan (MNC) berkata, beliau kembali aktif dalam politik setelah hampir tiga tahun berdiam diri, untuk mewujudkan satu platform politik baharu untuk mencapai wawasan asal PBS yang bermula 30 tahun lalu.

Kelmarin, Henrynus menerima pencalonan dan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PAKAR yang dicadangka­n oleh pengasas dan Presiden, Zainal Nasiruddin, yang rela melepaskan jawatan untuk menjadi Timbalan Presiden.

Menurut Henrynus, beliau membuat keputusan yang perit untuk meninggalk­an PBS pada 29 April dan telah memaklumka­n kepada Setiausaha Agung PBS mengenai keputusann­ya melalui whatsapp sehari sebelum membuat keputusan mengetuai PAKAR.

Henrynus berkata dengan menerima jawatan penting dalam parti politik, beliau akan meletak jawatan sebagai Presiden MNC serta mematuhi syarat-syarat perlembaga­an MNC.

“Saya akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan MNC tidaklama lagiuntuk membincang­kan peralihan kepimpinan kepada timbalan saya dalam MNC,” katanya dalam satu kenyataan.

“Saya juga menyedari hakikat sudah ada terlalu banyak parti politik di Sabah dan pembangkan­g kelihatan sedikit sesak. Tetapi pengundi umumnya belum membuat keputusan mengenai pilihan mereka terhadap sebuah parti politik untuk mereka undi,” katanya.

Henrynus menyertai PBS pada tahun 1986 sebaik sahaja menamatkan pengajian dengan ijazah dalam bidang sains politik dari SIU-C Illinois Amerika Syarikat. Beliau memegang pelbagai jawatan dalam parti semasa menjadi ahli PBS.

Beliau menjadi pengerusi cawangan PBS Kg Marakau (1988 - 1994); Setiausaha Exco Pemuda PBS (1989 1991); Pengerusi PBS Bahagian Ranau (1994 - 1999); Ketua Penerangan PBS (1994 - 2005); Ahli Majlis Tertinggi PBS (2005 - 2009); dan Setiausaha Agung PBS (2009 - 2013).

Henrynus berkata beliau telah dicalonkan dan bertanding bagi kerusi Parlimen Kinabalu (sekarang Ranau) di bawah tiket PBS pada tahun 1995 dan menang. Pada tahun 1999 Henrynus bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri Ranau tetapi tewas kepada calon BN ketika itu.

Henrynus juga memegang pelbagai pelantikan sepanjang tempoh perkhidmat­annya beliau sebagai ahli PBS. Antaranya Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1987 - 1989); Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah (1989 1994); Ahli Parlimen Kinabalu (1995 - 1999); Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) 20042007; Ahli Majlis Latihan Khidmat Negara (Majlis Latihan Khidmat Negara) 2005-2015; Pegawai Khas Hal Ehwal Parlimen kepada Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (2008 - 2009) dan Pengerusi Kiang Tepung Lahad Datu Flour Mill (Anak syarikat SEDCO) 2010 - 2017.

 ??  ?? HENRYNUS (kiri) menerima simbolik pelantikan jawatan Presiden PAKAR daripada Zainal selepas mesyuarat agung parti itu di Hotel Puri, Inanam.
HENRYNUS (kiri) menerima simbolik pelantikan jawatan Presiden PAKAR daripada Zainal selepas mesyuarat agung parti itu di Hotel Puri, Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia