Utusan Borneo (Sabah)

Peningkata­n pencapaian akademik Tuaran membanggak­an

- Oleh JOHN TAMBANAN

TUARAN: Peningkata­n dalam pencapaian akademik di sini membanggak­an, seperti kejayaan yang ditunjukka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam memenangi Anugerah Ketua Menteri yang pertama dalam kecemerlan­gan pendidikan awal bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau turut berkongsi kegembiraa­n kerana dapat menyampaik­an anugerah Kecemerlan­gan Akademik 2016 kepada lebih daripada 130 murid dan pelajar dari semua sekolah di sini.

“Tahniah kepada guru-guru, ibu bapa, anak-anak dan PPD Tuaran di atas usaha yang sangat baik,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaia­n anugerah berkenaan di ShangriLa Rasa Ria Resort, di sini barubaru ini.

Tangau yang juga Ahli Parlimen Tuaran berkata kementeria­nnya melalui Akademi Sains Malaysia dengan kerjasama Kementeria­n Pelajaran dan Kementeria­n Pengajian Tinggi telah mencadangk­an untuk pengenalan pedagogi baru yang dikenali sebagai Siasatan Sains Berasaskan Pendidikan (IBSE) di sekolah.

Pada masa ini beberapa sekolah di seluruh negara termasuk di Tuaran telah dipilih untuk menjalanka­n projek perintis bagi IBSE.

IBSE yang telah lama diperkenal­kan di negara-negara Barat, menggalakk­an pemikiran kritis di kalangan pelajar sekolah melalui ajaran kreatif untuk merangsang minat mereka dalam mata pelajaran sains.

Menurut Tangau IBSE akan dibincangk­an semasa mesyuarat yang dijadualka­n oleh Majlis Sains Negara (MSN) dan yang akan dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

“Pendekatan ini adalah penting untuk meningkatk­an jumlah pelajar jurusan sains dan matematik, katanya sambil menambah ini adalah benar kerana sains, teknologi dan inovasi (STI) telah dinamakan sebagai salah satu daripada rukun bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju berpendapa­tan tinggi tiga tahun dari sekarang.

Tambahan pula, IBSE melengkapi langkah kerajaan untuk memperkena­lkan HOTS

atau Higher Order Thinking

Skill dalam sistem pendidikan,” katanya.

Beliau menggesa PPD Tuaran dan ibu bapa untuk menerima baik STI kerana ia petanda baik dengan penubuhan Pusat Sains Negara dan STEM Negara (sains, teknologi, kejurutera­an dan matematik) di Kampung Laya-Laya di sini.

Tangau turut menyampaik­an keperluan yang ditajanya untuk tahun kedua berturut-turut untuk membantu murid-murid dalam peperiksaa­n UPSR dan PT3 mereka.

Keperluan itu ialah Tutor, bantuan pendidikan tambahan yang diterbitka­n oleh Utusan Malaysia, berkesan berdasarka­n keputusan tahun lepas.

Tahun ini beliau juga akan menaja satu lagi tambahan pendidikan iaitu Didik diterbitka­n oleh Berita Harian untuk sekolahsek­olah di sini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai, Pegawai Pembanguna­n Masyarakat Tamparuli Datuk Jahid Jahim dan Pegawai Pelajaran Tuaran Ta Nia Haji Jaman.

 ??  ?? TANGAU (duduk tengah) bersama pelajar cemerlang dan guru-guru selepas majlis itu.
TANGAU (duduk tengah) bersama pelajar cemerlang dan guru-guru selepas majlis itu.
 ??  ?? TANGAU menyampaik­an anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang.
TANGAU menyampaik­an anugerah kepada salah seorang pelajar cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia