Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki pecahkan cermin tingkap kena penjara dan denda

-

KOTA KINABALU: Seorang tukang membaiki rumah dikenakan penjara sebulanata­u denda RM1,000, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin atas kesalahan melakukan khianat.

Samsudin Alam, 41, dijatuhkan hukuman itu oleh Majistret Jessica Ombou Kakayun selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, boleh dikenakan penjara sehingga tempoh dua tahun atau denda, atau dengan keduaduany­a sekali.

Tertuduh memecahkan cermin tingkap rumah seorang wanita, pada 30 Mac tahun ini jam 11 pagi, di sebuah rumah, Skim Penempatan Telipok, Telipok.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian tibatiba tertuduh memecahkan cermin tingkap milik pengadu menggunaka­n sebatang besi sambil memegang tukul.

Tertuduh yang bising di luar rumah bagaimanap­un tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu berkunci, sambil membawa suami pengadu keluar untuk bergaduh.

Hasil siasatan, tertuduh mengamuk kerana berlaku salah faham,tertuduh mendengar perkara yang tidak baik mengenai dirinya daripada suami pengadu.

Peguam Azhier Farhan Arisin dalam rayuan berkata, tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai empat anak.

“Isteri tertuduh hanya seorang suri rumah dan tertuduh yang bekerja membaiki pulih rumah tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Kejadian ini berlaku disebabkan salah faham antara dua jiran. Suami pengadu dalam kes ini mengatakan tertuduh seorang penagih dadah,” katanya.

Tambahnya, anak guamnya pesalah pertama dan tidak pernah mempunyai sabitan atas kesalahan dadah.

“Tertuduh yang menyesal atas perbuataan­nya sudah berada dalam tahanan selama tempoh sebulan,” katanya.

Dalam pada itu, sekiranya gagal membayar denda itu, penjara 40 hari dikenakan terhadap tertuduh dan hukuman dikira dari tarikh tangkap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia