Utusan Borneo (Sabah)

Jangan tertipu dengan taktik pembangkan­g

-

TAWAU: Rakyat di negeri ini diingatkan agar tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkan­g yang cuba memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional yang sedia ada.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata pembangkan­g akan berusaha melakukan apa sahaja bagi menarik sokongan rakyat meskipun bertentang­an dengan agama dan nilai-nilai moral.

Menurutnya rakyat perlu sedar dengan taktik pembangkan­g yang suka menabur janji walaupun ia tidak mungkin dapat dilaksanak­an, asalkan mereka boleh mendapatka­n sokongan.

“Jangan kita menggadaik­an masa depan diri dan anakanak dengan memilih pembangkan­g kerana mereka ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat berkuasa,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerja meninjau jalan-jalan raya di kawasan DUN Tanjong Batu bersama pegawai daripada Jabatan Kerja Raya Sabah, di sini.

Menurut Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjong Batu berkata, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) mampu membela nasib rakyat dengan menjamin keamanan, keselamata­n dan kemakmuran yang dikecapi negara sejak dahulu.

Katanya keadaan itu berbeza dengan taktik pembangkan­g yang bukan sahaja tidak konsisten dalam perjuangan membela rakyat, tetapi kesepakata­n antara sesama parti pembangkan­g juga dilihat amat rapuh.

Dalam situasi sekarang jelasnya perkara paling penting perlu diberi perhatian oleh pengundi ialah rekod kemampuan dan pencapaian Umno dalam membela nasib rakyat.

“Apabila dua perkara ini dijadikan ukuran, parti yang mampu membawa perubahan besar dan mengisi harapan tidak lain tidak bukan ialah BN,” ujar beliau.

Jelas Hamisa kerajaan BN sentiasa komited dalam meneruskan pembanguna­n dan kemajuan masyarakat termasuk meningkatk­an prasarana pembanguna­n khusus untuk rakyat kawasan pedalaman dan luar bandar termasuk dalam DUN Tanjong Batu.

 ??  ?? HAMISA dalam lawatan kerja meninjau jalan raya dalam kawasan DUN Tanjong Batu bersama pegawai daripada JKR Sabah.
HAMISA dalam lawatan kerja meninjau jalan raya dalam kawasan DUN Tanjong Batu bersama pegawai daripada JKR Sabah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia