Utusan Borneo (Sabah)

Memperkuku­hkan penguasaan Bahasa Inggeris

-

LABUAN: Panitia Bahasa Inggeris tiga buah sekolah menengah di Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan jalinan untuk menganjurk­an Seminar Belajar Bahasa Inggeris yang melibatkan 239 orang peserta.

Siri pertama seminar telah diadakan pada 26 April 2017 di Dataran Bedaun, SMK Taman Perumahan Bedaun yang disertai oleh 115 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 5.

Seminar turut dihadiri oleh 10 orang pelajar SMK Mutiara dan diiringi oleh guru kaunseling Puan Normaisara­f Abdul Rashid.

Siri kedua pula adalah jalinan antara SMK Mutiara dan SMK Lajau yang telah berlangsun­g pada 28 April 2017 di Dewan Semarak SMK Mutiara dan melibatkan 74 orang pelajar SMK Mutiara dan 50 orang pelajar SMK Lajau.

Seminar yang disampaika­n oleh Ikon Guru Kebangsaan dan guru cemerlang Bahasa Inggeris, Hyginus Lester Junior Lee itu memberi fokus kepada gaya pembelajar­an bahasa mengikut kecerdasan pelbagai (multiple intelligen­ce), kesalahan umum dalam penggunaan bahasa Inggeris (common errors in English), dan petua belajar (study tips). Setiap sesi seminar adalah untuk 3 jam.

Penyelaras program SMK Taman Perumahan Bedaun ialah Puan Juliana Ochong dan Puan Norsuraya Ismail manakala SMK Lajau ialah Puan Valarie Eddie.

Jalinan antara panitia bukan sahaja mengeratka­n lagi semangat kerjasama dan kepakaran antara guru tetapi juga memberi manfaat kepada pelajar dalam bidang pembelajar­an bahasa Inggeris.

Panitia Bahasa Inggeris ketiga-tiga sekolah merakamkan penghargaa­n kepada Pengetua SMK Mutiara, Louren Abon, Pengetua SMK Taman Perumahan Bedaun, Jijah Mohamad Suhai dan Pengetua SMK Lajau, Yusup Mohamad, di atas sokongan yang diberikan.

 ??  ?? HYGINUS (kiri) bersama Puan Valarie, Ketua Panitia B. Inggeris SMK Lajau.
HYGINUS (kiri) bersama Puan Valarie, Ketua Panitia B. Inggeris SMK Lajau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia