Utusan Borneo (Sabah)

Aplikasi MyDI semak status bankrap

-

PUTRAJAYA: Mulai 11 Mei orang ramai boleh membuat carian tentang status bankrap mana-mana individu di telefon pintar melalui aplikasi MyDI yang dilancarka­n kelmarin.

“Aplikasi ini boleh dimuat turun mulai 11 Mei. Jadi selepas ini, tidak perlu pergi ke Jabatan Insolvensi untuk memeriksa status (bankrap) ,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said kepada pemberita selepas melancarka­n aplikasi berkenaan di sini kelmarin.

Beliau berkata dengan adanya kemudahan itu, majikan boleh memeriksa status kebankrapa­n bakal pekerja dan institusi yang memberi pinjaman kewangan manakala ibu bapa pula boleh memeriksa status bakal menantu.

Azalina dalam pada itu berkata Rang UndangUnda­ng Kebankrapa­n (Pindaan 2016) dijangka mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V bulan depan dan bakal dikenali sebagai Akta Insolvensi.

Jabatan Insolvensi akan mengadakan jelajah Rang Undang-Undang Kebankrapa­n (Pindaan 2016) ke seluruh negara untuk menerangka­n tentang lapan perubahan dasar yang telah diluluskan, katanya.

Azalina berkata aplikasi MyDI merupakan fasa pertama perubahan Akta Kebankrapa­n.

“Pada fasa kedua selepas ini masyarakat hanya perlu isi borang bagi pelepasan (daripada status bankrap) secara online dan hanya pergi ke Jabatan Insolvensi untuk pengesahan selepas memenuhi semua syarat,” katanya. Beliau berkata pindaan itu juga mewujudkan ‘mekanisme penyelamat’ dan dengan itu pekerja awam dan swasta yang berdepan masalah bankrap boleh datang ke Jabatan Insolvensi untuk dapatkan ‘pakej penyelamat’ itu.

Mengenai jumlah rakyat Malaysia yang diisytihar­kan bankrap, beliau berkata jumlahnya setakat ini adalah 292,000.

Ditanya mengenai isu kebankrapa­n dalam kalangan penjawat awam, Azalina berkata statistik kebankrapa­n penjawat awam dari 2013 hingga Mac tahun ini ialah 3,547 orang.

Menurut Azalina, dasar kerajaan menetapkan kakitangan kerajaan tidak boleh meminjam melebihi 60 peratus daripada pendapatan.

“Tapi kalau penjawat awam meminjam dari luar, biasanya banyak ketua jabatan tidak tahu. Biasanya perkara itu menyebabka­n penjawat awam meminjam lebih (dari 60 peratus pendapatan),” katanya.

 ??  ?? AZALINA
AZALINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia