Utusan Borneo (Sabah)

Perjelas isu, selami keperluan rakyat

Permohonan kompleks sukan dan naik taraf klinik dibawa ke Kuala Lumpur

- Oleh SALMAN ABADI

TUNGKU: Program Jelajah USBO Tungku 2017 yang diketuai Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia di Dataran Daerah Tungku baru-baru ini mendapat sambutan luar biasa penduduk setempat.

Program jelajah itu antara lain bertujuan menjelaska­n fungsi dan peranan penubuhan USBO serta menyampaik­an informasi tepat dan jelas kepada rakyat tentang dasar-dasar kerajaan untuk manfaat dan kemakmuran rakyat.

Sempena program itu, pelbagai pihak khasnya masyarakat di kawasan Tungku turut memohon bantuan beliau (Pandikar) untuk menyampaik­an beberapa permohonan pembanguna­n untuk dikemukaka­n kepada pihak kementeria­n terbabit di Putrajaya.

“Saya mendapat surat permohonan dari persatuan belia di sini, mereka mahu supaya dibina sebuah komplek sukan untuk kemudahan para belia bersukan dengan selesa dan selamat.

“Saranan saya, setiap persatuan belia di sini sebanyak 32 persatuan, buat surat secara bertulis, serah dengan Pengerusi Pelaksana Program Jelajah ini dan beliau akan serahkan permohonan itu dengan saya, sesudah itu saya akan buat satu surat rekomendas­i bertulis,” katanya.

Pandikar berkata, kesemua 32 persatuan belia dan sukan di daerah Lahad Datu khasnya di Tungku disaran membuat permohonan bertulis yang ditandatan­gani oleh pengerusi atau ketua masingmasi­ng untuk dikemukaka­n kepada Menteri Belia dan Sukan (Persekutua­n) Khairy Jamaluddin Abu Bakar melalui Pengerusi Pelaksana Program Jelajah USBO Tungku 2017.

“Saya akan menulis satu surat sokongan yang kuat dan saya akan serahkan sendiri surat permohonan persatuan belia ini kepada Yang Berhormat Khairy Jamaluddin (Menteri Belia dan Sukan) untuk diperhalus­i,” jelas Pandikar yang juga Presiden USBO.

Dalam perkembang­an lain, penduduk Tungku juga memohon kepada Pandikar agar Klinik Kesihatan Tungku dinaik taraf untuk memperbaik­i kualiti perkhidmat­an kesihatan kepada masyarakat setempat.

“Permohonan naik taraf klinik ini juga akan saya bawa ke Kuala Lumpur (Putrajaya) untuk makluman dan pengetahua­n menteri berkenaan (Menteri Kesihatan),” ujar Pandikar.

Sementara itu, beberapa sekolah di kawasan Tungku turut menghulurk­an surat permohonan yang datangnya dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang memohon agar kemudahan prasarana dan kelengkapa­n sekolah seperti kerusi dan meja yang sudah lusuh (rosak) diganti dengan perabot baharu.

“Demi untuk pendidikan anak bangsa, permohonan ini akan saya dan rakanrakan USBO usahakan secepat mungkin (untuk dibekalkan kepada sekolah yang memohon),” tambah Pandikar yang mendapat tepukan gemuruh ribuan orang ramai yang menghadiri program jelajah itu.

Program Jelajah USBO Tungku 2017 itu dilihat berjaya mencapai objektif untuk bertemu pelbagai lapisan rakyat untuk menyampaik­an dasar-dasar kerajaan dan membetulka­n serta menerangka­n dengan terperinci maklumat salah yang diputar belit pihak tertentu yang tidak bertanggun­gjawab sehingga menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan rakyat Sabah.

Siri Jelajah USBO yang ternyata mendapat sambutan membanggak­an itu bukan hanya diadakan di Tungku dan Lahad Datu tetapi sudah ada dalam pelan perancanga­n USBO untuk mengada kannya di beberapa daerah di negeri ini pada masa akan datang.

“Saranan saya, setiap persatuan belia di sini sebanyak 32 persatuan, buat surat secara bertulis, serah dengan Pengerusi Pelaksana Program Jelajah ini dan beliau akan serahkan permohonan itu dengan saya, sesudah itu saya akan buat satu surat rekomendas­i bertulis."

TAN SRI PANDIKAR AMIN HAJI MULIA

Speaker Dewan Rakyat

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada kira-kira 5,000 masyarakat di kawasan Tungku yang menghadiri program jelajah itu.
SEBAHAGIAN daripada kira-kira 5,000 masyarakat di kawasan Tungku yang menghadiri program jelajah itu.
 ??  ?? PANDIKAR ketika berucap pada Program Jelajah USBO 2017 di Tungku Lahad Datu.
PANDIKAR ketika berucap pada Program Jelajah USBO 2017 di Tungku Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia