Utusan Borneo (Sabah)

APM terima 61 lori lima tan bernilai RM40 juta

-

SEREMBAN: Penambahan aset sebanyak 61 lori lima tan (APM) akan meningkatk­an kadar keupayaan dan mobiliti Angkatan Pertahanan Awam (APM) kepada 50 peratus dalam memberikan bantuan ketika bencana, Ketua Pesuruhjay­a APM Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya.

Beliau berkata penambahan aset APM yang bernilai RM40 juta itu juga selari dengan penambahan tugas dan tanggungja­wab APM pada masa kini.

“Ketika ini APM dalam proses transforma­si iaitu daripada jabatan kepada angkatan dan ia sekali gus meletakkan peranan dan tugas APM ke satu peringkat yang lebih besar.

“APM sekarang bukan sahaja fokus kepada bantuan bencana tetapi turut membantu agensi penguatkua­saan di hutan, sempadan negara dan di bandar raya, kerana itu kami perlukan aset yang lebih banyak dan moden bersesuaia­n dengan keperluan masa kini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan kenderaan lima tan itu untuk kegunaan APM di sini, kelmarin.

Azmy berkata APM akan menerima aset terbaru itu secara berperingk­at dan untuk fasa pertama, sebanyak 18 buah lori lima tan yang diterima, akan diserahkan kepada APM Sabah, Sarawak dan ibu pejabat.

“18 buah lori ini akan ditempatka­n iaitu lima masingmasi­ng di Sabah, dan ibu pejabat dan lapan di Sarawak. Kita jangka baki 43 lagi ini akan kita terima dan serahkan ke APM di seluruh negeri selewatlew­atnya Oktober ini sebagai persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh hujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata lori sedia ada yang masih boleh digunakan adalah sebanyak 70 buah.

Katanya penambahan anggota juga menjadi faktor penyumbang bagi APM menambah lebih banyak aset agar dapat digunakan secara maksimum dan menurutnya ketika ini terdapat 1.6 juta sukarelawa­n APM di seluruh negara.

“Kami sasarkan jumlah sukarelawa­n meningkat kepada dua juta menjelang hujung tahun ini. Kita juga ada perancanga­n strategik iaitu kita mahu di masa akan datang, setiap keluarga perlu ada seorang anggota APM bagi membolehka­n individu ini memberi bantuan awal sekiranya berlaku bencana atau insiden yang tidak diingini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia