Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa Kaamatan KDCA Kepayan terima sumbangan RM30,000

- - Oleh YAP SIONG HAN

PENAMPANG: Jawatankua­sa sambutan perayaan Pesta Kaamatan peringkat daerah KDCA Kepayan menerima bantuan RM30,000 daripada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kinsabina Sdn Bhd Datuk Francis Goh.

Pengerusin­ya Leonard S. Poyong berkata bantuan atau derma yang diserahkan itu untuk menanggung sebahagian daripada penganjura­n perayaan itu yang akan diadakan pada 10 Mei depan bermula jam 12 tengahari di Dewan Hongkod Koisaan KDCA Penampang.

“Selain sumbangan untuk perayaan yang akan diadakan ini, Francis turut menghulur derma bagi tujuan yang sama untuk empat kampung di Kepayan iaitu Kg Kobusak, Kg Nosoob, Kg Nagasiba dan Kg Koidupan.

“Selain empat kampung ini, sebanyak enam kampung di sekitar Kepayan juga akan mendapat bantuan yang sama untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata sumbangan yang diberikan oleh Francis untuk sambutan itu di Kepayan adalah tidak kurang daripada RM100,000 keseluruha­nnya.

Katanya antara aktiviti-aktiviti yang diadakan dalam sambutan itu adalah Sodop Unduk Ngadau dan Pertanding­an Sugandoi 7 Mei jam 6 petang di Bangunan Kinsabina, Pertanding­an Sumazau, Magagung dan upacara perasmian pula diadakan pada 10 Mei di dewan KDCA bermula 12 tengahari.

Sementara itu Francis berkata, pada acara yang diadakan pada 7 Mei itu, satu trailer mengenai filem ‘Huminodun’ akan ditayangka­n sebelum acara bermula.

“Saya juga memberikan sokongan kepada penerbitka­n sebuah album lagu Kadazan di sini yang mana pengedaran album itu akan dilakukan pada hujung bulan ini,” katanya.

Francis berkata pihaknya juga akan bekerja rapat dengan KDCA di masa hadapan untuk memperkena­lkan produk pelanconga­n di Kepayan.

“Produk pelanconga­n yang kita ketengahka­n ini adalah khusus kepada kebudayaan Kadazan, 2018 adalah tahun melawat Penampang dan produk pelanconga­n itu mampu memperkena­lkan kebudayaan yang ada di sini,” katanya.

 ??  ?? LEONARD (tiga kiri) menerima sumbangan daripada Francis.
LEONARD (tiga kiri) menerima sumbangan daripada Francis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia