Utusan Borneo (Sabah)

Johor tubuh J’kuasa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan

-

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan menubuhkan Jawatankua­sa Pemandu Ekonomi Masa Hadapan bagi menghadapi gelombang ekonomi digital dan sektor ekonomi masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata buat masa inikertask­erja bagi penubuhan jawatankua­sa terbabit sedang disiapkan.

“Kita sedang berusaha mewujudkan ‘think tank group’ dalam soal kita berhadapan ekonomi masa depan supaya Johor dapat bersedia berhadapan cabarancab­aran mendatang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an ucaptama program Pemukiman Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, EXCO Awayday 2017 di sini, kelmarin.

Beliau berkata buat masa ini pihaknya sedang mengenal pasti pakar ekonomi yang dapat membantu memberikan idea mahupun pandangan dalam jawatankua­sa terbabit. Sekurang-kurangna 12 pakar ekonomi dari dalam dan luar negara dijangka menganggot­ai jawatankua­sa berkenaan yang perbincang­an jawatankua­sa itu kelak akan turut dihadiri semua exco kerajaan negeri, supaya mereka juga memahami cabaran ekonomi yang semakin berubah.

Menurut Mohamed Khaled, penubuhan jawatankua­sa pemikir ekonomi itu merupakan antara empat fokus utama kerajaan yang akan dilaksanak­an tahun ini.

Selain mencari jalan bagi menghadapi gelombang ekonomi digital, tiga fokus kerajaan negeri yang lain ialah memastikan pelaksanaa­n semua titik sentuhan Bajet Johor 2017 serta tahun sebelumnya, menjayakan Pelan Pertumbuha­n Strategik Johor dan Pelan Pertumbuha­n Daerah serta menyiapkan Laporan Pembanguna­n Johor 2016 dengan kerjasama badan pemikir Bait Al Amanah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia