Utusan Borneo (Sabah)

Siap siaga hadapi PRU-14 pada bila-bila masa

- Oleh JAINUDIN NASIR

MENTERI Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Haji Masidi Manjun menggesa semua jentera pilihanray­a pergerakan Wanita Umno dan komponen Barisan Nasional (BN) peringkat akar umbi supaya siapsiaga bagi menghadapi pilihanray­a umum ke-14 (PRU-14) yang mungkin diadakan pada bila-bila masa. Menurutnya meskipun tarikh pilihan raya umum sama ada melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen semua jentera gerakan pilihan raya setiap cawangan dan bahagian hendaklah bersedia untuk melaksanak­an tugas serta tanggungja­wab masingmasi­ng dan mempastika­n kemenangan calon BN dengan majoriti lebih besar. “Sebagai sayap kiri parti Umno, wanita hendaklah lebih bersedia bermuafaka­t dengan barisan jawatankua­sa wanita bahagian, pergerakan Pemuda dan pergerakan Puteri Umno memantapka­n perjuangan bagi merealisas­ikan kemenangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program Pemantapan Jalinan Rakyat (JR) yang dihadiri lebih 300 ahli Wanita Umno dan komponan BN dari Upko dan PBS N.30 Karanaan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Benedict, di sini baru-baru ini.

Masidi meramalkan kemenangan PRU1-14 bakal direalisas­ikan oleh BN memandangk­an struktur parti lawan sejak akhir-akhir ini tidak sehaluan dengan pakatan pembangkan­g yang lain berbanding komponen BN kini semakin mantap sentiasa bermuafaka­t mempasitka­n kemenangan pada PRU akan datang.

“Apapun, kita jangan mudah berpuashat­i atau berasa selesa dengan kekuatan yang ada, sebalinya terus perkasakan lagi untuk meraih jumlah undi yang lebih besar,” jelasnya.

Berucap sama ialah Ketua Pererakan Wanita Umno Bahagian Ranau Datuk Amisah Yassin yang turut menyampaik­an ceramah ringkas berhubung ‘Peranan Jalinan Rakyat’.

Pengarah Biro Tatanegara Cawangan Sabah merangkap Ketua Pemuda Umno Bahagian Papar Dato’ Armizan Alidan juga turut menyampaik­an ceramah bertajuk ‘Isu-Isu Semasa’ di majlis itu.

Turut diadakan ialah aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dikendalik­an Ain Apainah Yuni dan Roslina Apin.

Hadir sama ialah Ketua Puteri Umno Ranau Rosnah Mat Saip dan Ketua Pemuda Umno Ranau Faez Datuk Haji Nurdin.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia