Utusan Borneo (Sabah)

Anarki kucar-kacirkan Hari Buruh di AS

Perarakan anti-Trump di seluruh negara, polis di Portland, Chicago isytihar rusuhan

-

CHICAGO: Polis mengisytih­arkan rusuhan di bandar raya Portland, barat laut Amerika Syarikat, selepas anarkis melontar anggota polis dengan batu, bom asap dan tin soda sewaktu rapat umum Hari Buruh, manakala ribuan lagi berarak di kotakota utama lain.

Sekurang-kurangnya tiga orang ditangkap. Beberapa premis perniagaan di kawasan pusat Portland turut dirosakkan oleh kumpulan orang yang memakai topeng hitam yang dilihat memecahkan tingkap depan kedai, membaling alat pencetus kebakaran dan menyerang kenderaan polis.

Keganasan itu memaksa pihak berkuasa untuk membatalka­n permit bagi perarakan di sana dan memberi amaran bahawa sesiapa yang masih berada di jalanan berisiko ditangkap. Orang dinasihatk­an untuk menjauhkan diri dari kawasan tersebut.

“Disebabkan oleh tindak anarkis dalam perarakan #MayDayPDX, permit telah dibatalkan,” kata polis Portland dalam satu tweet.

“#MayDayPDX sekarang dianggap satu rusuhan.”

Rapat umum itu bermula dengan pemidato yang mengecam tindakan baru-baru ini oleh pentadbira­n Presiden Donald Trump ke atas pendatang tanpa dokumen selain bercakap mengenai hak pekerja.

Namun ketika orang ramai berarak di pusat bandar raya, polis berkata anarkis mengganggu perarakan.

Di bandar raya utama seperti Chicago, Los Angeles, New York dan Washington, ribuan memenuhi jalanan di tengah kota untuk membantah dasar Trump.

Demonstras­i di New York yang pada mulanya aman dan disertai kira-kira 4,000 orang menjadi tegang pada sebelah petang apabila penunjuk perasaan bertelingk­ah dengan penyokong Trump, ada yang membawa plakad yang memaparkan slogan presiden ‘Make America great Again’.

Penyokong anti Trump yang berpakaian serba hitam, wajah mereka tidak ditutup tetapi membawa bendera anarkis hitam, turut muncul.

Beberapa puluh anggota polis dengan cepat tiba untuk memisahkan kedua-dua kumpulan dan mencegah keganasan. Protes mula lerai selepas matahari terbenam.

Lebih 100 kumpulan menyertai perarakan di Los Angeles.

Polis berkata sekurang-kurangnya seorang individu ditangkap selepas penunjuk perasaan bertopeng melontar batu ke arah penyokong Trump yang mengadakan rapat umum di kawasan pusat bandar.

Penunjuk perasaan turut membakar bendera Amerika.

Datuk Bandar Los Angeles Eric Garcetti turut berucap kepada orang ramai dan berjanji bandar raya itu akan menolak dasar Trump dan melindungi komuniti pendatangn­ya yang besar.

Kumpulan buruh yang mewakili pekerja buruh, pekerja hospital dan penjagaan rawatan di rumah, pekerja makanan, guru dan lain-lain, menuntut gaji minimum yang lebih tinggi.

Penyokong hak penggugura­n membawa poster yang menyokong Planned Parenthood, sebuah penyedia kesihatan tidak mencari keuntungan yang tidak mahu dibiayai lagi ahli Republikan dan kerajaan.

 ?? — Gambar AFP ?? PENUNJUK perasaan bersorak selepas merobek kepala patung Trump semasa demonstras­i Hari Buruh di Chicago, kelmarin.
— Gambar AFP PENUNJUK perasaan bersorak selepas merobek kepala patung Trump semasa demonstras­i Hari Buruh di Chicago, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia