Utusan Borneo (Sabah)

Banduan dibiar mati kehausan

-

WASHINGTON: Sekumpulan juri di Amerika Syarikat kelmarin mengesyork­an agar tujuh pekerja penjara didakwa kerana memotong bekalan air selama tujuh hari kepada seorang banduan yang kemudian mati kehausan.

Selepas menimbang selama dua jam, enam anggota juri terbabit merumuskan terdapat sebab untuk mendakwa tujuh pegawai terbabit, WTMJ yang bersekutu dengan televisyen NBC melaporkan.

Kematian Terrill Thomas, 38, berlaku pada 24 April lalu di penjara Milwaukee County, di mana dia ditempatka­n dalam unit kesihatan mental.

Namun maklumat mengejut mengenai kematian banduan itu muncul dalam perbicaraa­n minggu lepas di hadapan juri di Milwaukee, Wisconsin.

Thomas tidak diberi air kerana pengawal terbabit mahu menghukumn­ya atas tingkah lakunya, menurut keterangan.

Lelaki itu ditahan di penjara daerah Milwaukee kerana melepaskan tembakan di lebuh raya dan ke udara dalam sebuah kasino, yang menyebabka­n seorang individu cedera parah.

Dia ditempatka­n dalam kurungan berasingan, yang menurut keluargany­a sama seperti penyeksaan.

Memandangk­an banduan itu enggan bertenang, pegawai terbabit memotong paip yang menyalurka­n air ke sinki dan tandas di dalam selnya.

Menurut siasatan akhbar Milwaukee Journal Sentinel, Thomas menghabisk­an harihari terakhir dalam hidupnya dengan merayu untuk air, tetapi sia-sia.

Dia kehilangan tujuh kilogram dan semakin lemah sebelum mati di atas lantai konkrit dalam selnya, tanpa tilam.

Pendakwa raya dibenarkan untuk mengikuti atau mengetepik­an syor anggota juri.

Kematian Thomas menarik perhatian kepada Syerif Milwaukee David Clarke, ketua penguat kuasa undang-undang konservati­f yang menyokong kuat Presiden Donald Trump.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia