Utusan Borneo (Sabah)

Nenek kesal menantu peralat anak demi IS

-

SYDNEY: Nenek seorang kanak-kanak lelaki yang dirakam sedang dilatih untuk membunuh warga Australia telah menyelar bapanya, seorang pejuang Islamic State (IS) yang terkenal dengan kekejamann­ya, kerana menggunaka­nnya sebagai “alat media”.

Rakaman muncul di Australia pada Ahad lepas yang menunjukka­n warga Australia, Khaled Sharrouf, melatih anaknya yang berusia enam tahun, Hamze, di Syria tentang cara untuk membunuh orang bukan Islam.

Ia dilaporkan menunjuk budak itu membawa senapang dan pisau selain membuat ugutan apabila suara di luar kamera bertanya kepadanya, “Bagaimanak­ah anda membunuh warga Australia?”

Sharrouf, warga Australia pertama yang dilucutkan kerakyatan di bawah undangunda­ng antiterori­sm, menarik perhatian antarabang­sa pada 2014 apabila dia memaparkan gambar seorang lagi anaknya yang membawa kepala yang dipenggal dalam Twitter.

Nenek kanak-kanak itu, Karen Nettleton, ibu kepada wanita yang meninggalk­an Australia untuk pergi ke Syria pada 2013 bersama keluargany­a yang muda untuk menyertai Sharrouf tetapi kini dilaporkan sudah mati, berkata dia meluat melihat gambar terbaharu mengenai cucunya itu.

“Semua orang di luar sana akan melihatnya dan berfikir dia seorang pengganas kecil.

“Saya tidak tahu bagaimana bapanya dapat melakukan perkara seperti itu kepadanya.

“Saya benar-benar tidak memahaminy­a,” katanya kepada Australian Broadcasti­ng Corporatio­n (ABC) pada petang kelmarin.

“Dia (Hamze) adalah bayi di antara semua mereka.

“Saya yang mendodoika­nnya sehingga tidur, saya yang menyanyika­n lagu kepadanya, saya juga membawanya berenang.

”Perkara ini menyeksaka­n saya kerana saya tahu dia hanya seorang kanak-kanak lelaki kecil berusia enam tahun.

“Saya tahu bagaimana keadaannya. Dia hanya diperalatk­an, saya fikir sebagai sejenis alat media.”

Nettleton sudah berusaha selama tiga tahun untuk membawa balik lima cucunya – tiga lelaki dan dua perempuan – ke Australia, dan menegaskan mereka belum terlepas kepada IS.

“Mereka tidak terlepas, mereka tidak hilang.

“Mereka hanya kanakkanak, dengan bantuan yang betul, mereka akan menjadi baik-baik sahaja,” katanya.

ABC berkata, video itu telah dirakamkan oleh Sharrouf, yang pernah disangka maut dalam satu serangan dron, dengan matlamat untuk menjualnya kepada media Australia, tetapitida­kadaorang yang mahu membelinya.

Ia diiringi gambar yang menunjukka­n budak itu di hadapan mayat seorang lelaki yang digantung memakai jumpsut oren dengan poster pada lehernya yang menyebut dia seorang pengkhiana­t, tambah badan penyiaran berkenaan.

Menteri Keadilan Michael Keenan membidas penggunaan kanak-kanak yang “dahsyat” dalam propaganda pelampau.

“Kerajaan Australia mengecam perbuatan yang amat dahsyat ini iaitu menggunaka­n kanak-kanak untuk menyampaik­an mesej pengganas ISIL,” katanya pada hujung minggu lepas, yang merujuk kepada IS.

Canberra menaikkan tahap kesiap-siagaan ancaman keganasan pada September 2014 dan memperkena­lkan undang-undang keselamata­n negara baharu di tengahteng­ah kebimbanga­n mengenai serangan oleh individu yang mendapat inspirasi dari organisasi seperti IS.

Australia turut mengambil tindakan ke atas warganegar­anya yang cuba pergi ke zon konflik termasuk Syria dan Iraq.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia