Utusan Borneo (Sabah)

28 anugerah pelajar diberikan kepada anak-anak ahli KKJA

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTAKINABA­LU: Konsul Jeneral Republik China di Kota Kinabalu Chen Peijie memuji usaha dan dedikasi yang ditunjukka­n pengamal media di negeri ini yang begitu profesiona­l dalam melaksanak­an tugas.

Beliau berkata media tempatan di negeri ini banyak menyumbang kepada usaha membantu memelihara budaya Cina serta mempromosi­kan hubungan antara Malaysia dan China.

Beliau berkata demikian semasa menyempurn­akan Majlis Penyampaia­n Anugerah Pelajar anjuran Persatuan Wartawan Kota Kinabalu (KKJA) di sini pada Isnin. Majlis berkenaan diadakan selepas Mesyuarat Agung Tahunan KKJA.

Semasa majlis itu sebanyak 28 insentif diberikan kepada anak-anak ahli persatuan yang memperoleh keputusan yang baik dalam bidang akademik dan juga kokurikulu­m.

Insentif yang diberikan dalam bentuk wang tunai itu ditaja oleh Konsulat Jeneral Republik China di Kota Kinabalu.

Chen turut memuji usaha berterusan KKJA dalam memberikan anugerah berkenaan kepada anakanak ahli persatuan sejak ia ditubuhkan pada tahun 1991. Ini dilihat akan memotivasi­kan anakanak ahlinya untuk terus belajar dengan bersungguh-sungguh.

“Dengan insentif wang tunai yang diberikan kepada anak-anak ahli KKJA ini diharap dapat memberi semangat kepada anakanak ini untuk belajar bersungguh-sungguh agar memperoleh keputusan yang cemerlang.

Beliau juga berharap anak-anak ini akan terus membantu memelihara budaya masyarakat Cina dan seterusnya mempromosi­kan hubungan baik antara Malaysia dan China.

Sementara itu Pengerusi KKJA Yong Ted Phen melahirkan ucapan terima kasih kepada Chen atas kesudian Konsulat Jeneral itu menaja anugerah pelajar pada tahun ini.

“Pada tahun lalu Chen turut memberikan tajaan RM30,000 untuk Malam Media KKJA. Semasa perbincang­an mengenai tajaan itu, Chen bersetuju untuk memberi tajaan bagi hadiah utama Malam Media KKJA dan lebihan wang yang diberikan akan digunakan untuk anugerah pelajar,” jelasnya.

Yong memberitah­u bahawa kebanyakan anakanak ahli yang menerima anugerah berkenaan sudah menamatkan pengajian di peringkat universiti. Malah, ada antara mereka mula bekerja sebagai peguam, jurutera, juruterban­g dan akauntan.

“Saya berharap anak-anak ahli KKJA ini akan terus belajar bersungguh-sungguh supaya dapat menyumbang kepada pembanguna­n negara pada masa hadapan.

“Apa yang lebih penting adalah anak-anak ahli KKJA ini membantu mengekalka­n objektif kita untuk melahirkan lebih banyak pelajar yang cemerlang melalui pemberian anugerah pelajar ini,” jelasnya.

Turut hadir dalam majlis penyampaia­n anugerah itu adalah Penasihat Kehormat KKJA Senator Datuk Chin Su Phin, Datuk Michael Lui, Datuk Frankie Liew, Datuk Lau Kok Sing, Tai Khiam Hiong, Li Su Fook dan Eliza Goh.

Hadir sama adalah Penasihat KKJA Datuk Clement Yeh, Penasihat Undang-Undang Datuk Dr Yee Moh Chai dan Chin Tek Ming serta Penasihat Perubatan Dr Wah Hai Sit.

 ??  ?? PENERIMA anugerah pelajar KKJA bergambar bersama Chen (duduk-tujuh kiri) dan Yong (duduk-enam kiri) serta penasihat-penasihat KKJA selepas selesai acara penyampaia­n anugerah.
PENERIMA anugerah pelajar KKJA bergambar bersama Chen (duduk-tujuh kiri) dan Yong (duduk-enam kiri) serta penasihat-penasihat KKJA selepas selesai acara penyampaia­n anugerah.
 ??  ?? CHEN (kanan) menyampaik­an anugerah pelajar kepada Alistrina Vitalis, anak wartawan Utusan Borneo Vitalis Bingkasan, turut kelihatan Yong (kiri).
CHEN (kanan) menyampaik­an anugerah pelajar kepada Alistrina Vitalis, anak wartawan Utusan Borneo Vitalis Bingkasan, turut kelihatan Yong (kiri).
 ??  ?? ANAK-anak ahli KKJA yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukaneka yang diadakan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan KKJA bermula.
ANAK-anak ahli KKJA yang mengambil bahagian dalam aktiviti sukaneka yang diadakan sebelum Mesyuarat Agung Tahunan KKJA bermula.
 ??  ?? ANTARA penasihat KKJA serta ahliahli KKJA yang hadir dalam majlis penyampaia­n anugerah pelajar anjuran KKJA yang diadakan pada Isnin.
ANTARA penasihat KKJA serta ahliahli KKJA yang hadir dalam majlis penyampaia­n anugerah pelajar anjuran KKJA yang diadakan pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia