Utusan Borneo (Sabah)

TAIM umum agihan pendapatan bagi dua dana

-

KUALA LUMPUR: TA Investment Management Bhd (TAIM) mengumumka­n agihan pendapatan kasar sebanyak 0.70 sen seunit (agihan suku tahun) bagi TA Asian Dividend Income Fund (TADIF) dan 1.70 sen bagi TA Asia Pacific REIT Income Fund (TAREIT) bagi pemegang unit berdaftar setakat 28 April, 2017.

TADIF menyediaka­n pendapatan dan peningkata­n modal jangka panjang melalui pelaburan dalam skim pelaburan kolektif iaitu melabur terutamany­a dalam portfolio saham Asia.

Sementara itu, TAREIT bertujuan memaksimum­kan jumlah pulangan pelaburan terdiri daripada pendapatan tetap dan peningkata­n modal jangka sederhana kepada jangka panjang, melalui pelaburan dalam amanah pelaburan hartanah Asia Pasifik (REIT) dan portfolio sekuriti ekuiti kadar hasil dividen yang tinggi.

Dalam kenyataan semalam, TAIM berkata jangkaan positif mengenai pertumbuha­n global telah memacu pasaran ekuiti sejak tiga bulan lalu.

“Ekonomi semakin kukuh di Amerika Syarikat dan Eropah, manakala sentimen global telah berubah daripada pesimis kepada optimis.

“Ini turut disokong oleh mudah tunai yang besar dibawa masuk ke dalam ekosistem pada era penguranga­n kuantitati­f. Oleh itu, kami percaya pasaran masih dapat mengekalka­n peningkata­n semasanya, susulan penilaian umum adalah tinggi,” katanya.

Sementara itu, semua negara Asia Pasifik, dengan pengecuali­an New Zealand mencatatka­n peningkata­n.

Ini, katanya TAIM, sebahagian besarnya disebabkan oleh data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan dan trend pendapatan yang kukuh dengan India menjadi pasaran prestasi terbaik.

Ia juga optimis mengenai prospek bagi rantau ini, dan penilaian kekal yang menarik, terutamany­a berkaitan dengan pasaran barat, manakala pembaharua­n dalam pasaran utama akan meningkatk­an kualiti pertumbuha­n ekonomi di rantau ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia