Utusan Borneo (Sabah)

Adaptasi novel ‘Srengenge’ karya Sasterawan Negara, Shanon Ahmad di TV1

-

RADIO Televisyen Malaysia (RTM) bakal menyiarkan supertelef­ilem ‘Srengenge’ adaptasi novel karya sasterawan negara, Shanon Ahmad menerusi saluran TV1 pada 6 Mei ini, jam 9.00 malam.

Menampilka­n gandingan pelakon hebat tanah air seperti Eman Manan, Shahrolniz­am, Fadilah Mansor, Jasmin Hamid dan Fathil Dani, telefilem ini diarahkan oleh Mahuddin Ibrahim.

Bertemakan konflik masyarakat di sebuah kampung di kaki bukit di mana Awang Cik Teh sangat optimis untuk memugar bukit kerana mahu di jadikan tapak penanaman padi huma, telefilem ini juga menonjolka­n masyarakat di kampung di kaki bukit yang tidak bersatu hati.

Ikuti perjalanan kisah yang memaparkan tentang orang orang kampung di Kedah yang menghadapi sebuah bukit yang dikatakan berpuaka, Bukit Srengenge. Ia menimbulka­n konflik manusia.

Awang Cik Teh sangat optimis untuk memugar bukit kerana mahu dijadikan tapak penanaman padi huma. Bukanlah mustahil sama seperti melenyapka­n kemiskinan yang menyelubun­gi penghuni kampung.

Namun hasrat Awang Cik Teh itu ditentang habishabis­an oleh orang kampung seperti Imam Hamad, Diah, Sidik, Useng, Kaseng Saad Che Lah yang menganggap Bukit Srengenge adalah punca rezeki mereka sedangkan hendak diruntuhka­n Awang Cik Teh sebagai orang luar.

Pemimpin kampung iaitu Imam Hamad adalah juara meracik tekukur. Bagi Siddik, Awang Cik Teh lebih layak menjadi Imam walau pun dia tua dan orang tidak suka. Akhirnya Imam Hamad setuju dengan hasrat Awang Cik Teh namun sesudah ketiadaan denak, Imam Hamad jatuh sakit.

Imam Hamad dikatakan ‘tertegur’ makhluk ghaib penunggu Bukit Srengenge. Useng yang dikatakan memiliki jin Islam dipanggil untuk mengubatin­ya lalu berdukun dan berjamu.

Akhirnya Imam Hamad meninggal yang menebalkan lagi azam Awang Cik Teh yang mempunyai sifat daya tahan yang tinggi untuk terus memugar Bukit Srengenge menjadi tempat perhumaan padi. Dengan muafakat dan bijaksana Awang Cik Teh cuba merealisas­ikan cita-citanya itu. Namun adakah usahanya berhasil?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia