Utusan Borneo (Sabah)

Pelbagai dasar, program dirangka bela nelayan

-

SADONG JAYA: Kerajaan merangka pelbagai dasar dan program untuk membela masyarakat nelayan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata, dua agensi iaitu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Jabatan Perikanan ditubuhkan khusus untuk menangani isu yang melibatkan kehidupan nelayan di negara ini.

“Ini adalah antara bukti komitmen kerajaan dalam memastikan kesejahter­aan rakyat menjadi keutamaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaia­n Elaun Sara Hidup Nelayan Secara Tunai Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Asajaya/Semera kepada 607 penerima di Dewan Masyarakat Kampung Semera di sini pada Sabtu.

Malah, Nancy yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong berkata, Elaun Sara Hidup diperkenal­kan pada Jun 2008 sebagai salah satu usaha kerajaan untuk membantu meringanka­n beban golongan nelayan dalam menghadapi tekanan ekonomi disebabkan kenaikan harga bahan api secara global.

Malah Katanya, pada 2015 Elaun Sara Hidup adalah sebanyak RM200 seorang. Tahun lalu, jumlah itu ditambah kepada RM300 seorang setiap bulan.

Bukan itu sahaja tegasnya, kerajaan turut menyediaka­n sejumlah peruntukan bagi tujuan Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) yang merangkumi pembaikpul­ihan dan pembinaan rumah supaya kehidupan masyarakat nelayan lebih selesa.

“Saya difahamkan sebanyak 39 rumah di bawah PNK Asajaya/ Semera membabitka­n tiga Parlimen, Parlimen Kota Samarahan, Parlimen Batang Sadong, Parlimen Batang Lupa diluluskan untuk dibaik pulih di mana 19 daripadany­a membabitka­n rumah di Sadong Jaya.

“Tahun lalu 94 rumah di Parlimen Batang Sadong dibaik pulih. Banyak lagi bantuan yang diberikan kepada masyarakat nelayan termasuk Projek AZAM Tani, Program Basmi Kemiskinan Nelayan, Program Peningkata­n Pendapatan Nelayan, Program Transforma­si Nelayan, Program Pasar Nelayan serta pembinaan Kompleks Pendaratan Ikan,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu ahli Persatuan Nelayan berfikiran lebih jauh dan tidak hanya memikirkan untuk menangkap ikan tetapi memikirkan cara untuk pergi lebih jauh dengan meneroka bidang perusahaan makanan halal yang berasaskan ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia