Utusan Borneo (Sabah)

Masalah air pesisir, pedalaman akan diselesai

-

MUKAH: Masalah bekalan air terutama di kawasan pesisir pantai dan pedalaman bakal diselesaik­an dengan cara ‘pemikiran di luar kotak’.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg berkata jalan penyelesai­annya adalah dengan menggunaka­n sumber air daripada empangan serta tasik sedia ada.

“Jika kita tidak mulakan sekarang bila lagi dan saya lihat itu sahaja jalan penyelesai­annya,” katanya pada sidang media sempena penutupan Pesta Kaul Mukah di Rumah Rehat Kerajaan, Jalan Kubu di sini pada Sabtu.

Menurutnya, beliau mengakui ia bukan satu tugas mudah tetapi bukanlah sesuatu yang mustahil dan harus dilaksanak­an sekarang.

“Sistem perpaipan lengkap dan kita pastikan setiap pelosok pedalaman serta kawasan pesisir pantai mendapat kemudahan bekalan air terawat dan bersih,” jelasnya.

Buat masa sekarang, beliau sedar bahawa bekalan air mentah adalah bersumberk­an air sungai.

Katanya, suatu hari nanti bekalan air tersebut mungkin menghadapi pencemaran serta kekurangan.

Mengenai kekurangan bekalan air ketika musim kemarau, beliau berkata mungkin catuan dilakukan untuk seketika dan apabila cuaca kembali normal, paras air di empangan berada seperti biasa.

“Hal itu juga sudah dibincang dan dipersetuj­ui di peringkat kabinet dan akan dilaksanak­an,” katanya.

Turut hadir Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah, Menteri Muda Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Urbanisasi Datuk Talib Zulpilip, Menteri Muda Tenaga Kerja dan Latihan Datu Len Talif Salleh, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Muhammad Leo Michael Toyad, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya, Adun Balingian Abdul Yakub Arbi, AdunTellia­n Yussibnosh Balo dan Residen Bahagian Mukah Awang Johan Awang Mustapha.

 ??  ?? ABANG Johari (duduk, tengah) bersama yang lain pada sidang media selepas Pesta Kaul Mukah.
ABANG Johari (duduk, tengah) bersama yang lain pada sidang media selepas Pesta Kaul Mukah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia