Utusan Borneo (Sabah)

Jerebu teruk dijamin tidak berlaku lagi

Jaminan disuarakan wakil negara jiran kepada Wan Junaidi menerusi perbincang­an baru-baru ini

-

KUCHING: Malaysia kini boleh menyimpan sedikit keyakinan dan kelegaan selepas Indonesia mengeluark­an jaminan bahawa insiden jerebu teruk yang berlaku tahun lalu tidak akan berulang tahun ini.

Menjelaska­n perkara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, jaminan itu disuarakan oleh wakil negara jiran itu menerusi perbincang­annya bersama gabenor Sumatera Tengah baru-baru ini.

Katanya Indonesia juga cukup pasti bahawa mereka memiliki kapasiti yang cukup besar bagi memadam sebarang kebakaran yang berlaku di negara itu ketika ini sebelum jerebu merebak teruk ke negara ini.

“Dalam perbincang­an panjang lebar antara saya dan gabenor Sumatera Tengah, mereka sudah cukup bersedia dan pasti mereka mempunyai kapasiti dan kekuatan tentera serta polis untuk mengawal sebarang kebakaran hutan yang berlaku.

“Seperti apa yang kita lihat pada insiden kebakaran hutan di Indonesia pada 2016, mereka menggerakk­an seramai 3,000 keanggotaa­n bagi mengatasi segera masalah jerebu itu.

“Malah, saya juga dimaklumka­n bahawa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) juga diberi amaran agar mengambil tindakan pantas sekiranya berlaku kebakaran,” katanya.

Wan Junaidi berkata demikian ketika sidang media selepas menyertai Majlis Minum Petang Bersama Pemimpin Masyarakat dan Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kawasan Kampung Tabuan Melayu, di Tabuan Hilir, di sini pada Sabtu.

Tambah Ahli Parlimen Santubong itu, Malaysia juga telah bersiap sedia dalam usaha menghulurk­an bantuan terutama dari segi tenaga dan logistik jika Indonesia memerlukan bantuan.

Maka untuk itu, beliau juga cukup yakin apa yang dijamin kepada Malaysia itu akan memberi manfaat dan jerebu akibat kebakaran hutan yang berlaku di negara jiran tidak akan berlaku.

Katanya juga, corak taburan hujan pada tahun ini turut menunjukka­n paras sederhana memungkink­an keadaan cuaca kering melampau juga tidak akan berlaku.

“Tahun ini juga dijangka tidak ada El Nino, maka tiada kekeringan yang keterlalua­n, maknanya tanah kita akan sentiasa dalam keadaan lembap dan tidak terlalu kering,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, projek pembinaan semula pembetung atau saliran air bawah jalan raya di Kampung Goebilt, di sini yang berjumlah RM200,000 telah diluluskan di peringkat persekutua­n, ujarnya.

Cuma pada masa ini, jelasnya, pembinaan projek itu masih belum dapat dimulakan kerana masih menunggu sumber kewangan disalurkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Pusat kepada JPS Kuching.

“Bila duit masuk sahaja, kita akan terus memulakan projek ini dan saya jangka ia akan siap sebelum tiba musim air pasang besar pada hujung tahun nanti.

“Pada masa sama, dengan siapnya projek ini kelak, ia pasti akan menyelesai­kan masalah banjir yang sering membelengg­u penduduk kampung itu selama ini,” katanya.

“Dalam perbincang­an panjang lebar antara saya dan gabenor Sumatera Tengah, mereka sudah cukup bersedia dan pasti mereka mempunyai kapasiti dan kekuatan tentera serta polis untuk mengawal sebarang kebakaran hutan yang berlaku.”

DATO SRI WAN JUNAIDI TUANKU JAAFAR

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

 ??  ?? WAN Junaidi (tengah) ketika mengadakan sidang media selepas menyertai Majlis Minum Petang Bersama Pemimpin Masyarakat dan Ahli PBB Kawasan Kampung Tabuan Melayu, di Kuching.
WAN Junaidi (tengah) ketika mengadakan sidang media selepas menyertai Majlis Minum Petang Bersama Pemimpin Masyarakat dan Ahli PBB Kawasan Kampung Tabuan Melayu, di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia