Utusan Borneo (Sabah)

Projek Rangau Valley bermula sekitar Jun

-

KUCHING: Kerja-kerja tanah untuk projek pembanguna­n Rangau Valley di Limbang sekitar Jun tahun ini, selepas pelan kerja-kerja kejurutera­an awam diluluskan.

Perkara itu dinyatakan oleh Pengerusi Daya Buiders Sdn Bhd (Daya), anak syarikat Perbadanan Pembanguna­n Perumahan (HDC) Sarawak Ibrahim Baki dalam satu kenyataan akhbar pada Sabtu.

Menurutnya, selepas Pelan Induk Projek Pembanguna­n Rangau Valley Limbang diluluskan oleh Majlis Perancanga­n Negeri (SPA) Januari lalu, pihaknya mengemuka dan menyerahka­n beberapa pelan berkaitan kepada pihak berkuasa. Katanya, ketika ini Daya mengemukak­an Pelan Perancanga­n Pembahagia­n (Subdivisio­nal Plan) untuk proses kelulusan.

“Daya menjangkak­an kerja-kerja tanah akan dapat dimulakan pada Jun tahun ini, diikuti dengan kerja-kerja pembinaan Fasa 1 Projek Pembanguna­n Rangau Valley Limbang,” jelasnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Borneo bertarikh 28 April 2017 berhubung kebimbanga­n penduduk Rangau, Limbang dengan status projek pembanguna­n Rangau Valley.

Laporan itu, antara lain menyatakan bahawa majlis pelancaran projek berkenaan diadakan pada hujung Januari tahun ini, bagaimanap­un sehingga kini masih belum nampak kerja-kerja pembinaan bermula.

Lebih meresahkan penduduk menurut laporan itu, kerja pembersiha­n kawasan projek menggunaka­n dua jentolak sudah dilakukan beberapa hari sebelum ini namun ditangguhk­an sehingga sekarang.

“Setakat ini kerja pembersiha­n tapak sudah selesai. Sepatutnya kerja-kerja tanah menyusul Mei ini, tetapi oleh kerana pihak Daya memohon pengubahan pelan kejurutera­an dan bangunan, maka kerja-kerja tanah hanya akan dapat dimulakan pada Jun tahun ini,” katanya. Ibrahim menambah, dengan bermulanya kerja-kerja pembinaan tahun ini, menunjukka­n HDC dan Daya, sentiasa mengambil berat mengenai keperluan penduduk di Rangau, Limbang untuk mendapatka­n perumahan yang selesa serta mampu milik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia