Utusan Borneo (Sabah)

Rela bakal bertugas menjaga sempadan apabila Rang Undang-Undang AKSEM dilulus

-

SIBU: Tidak lama lagi anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela) diambil bertugas membantu pasukan keselamata­n menjaga keselamata­n sempadan negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat berkata Rela diambil bertugas ditempatka­n di kawasan sempadan apabila Rang Undang-Undang Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) diluluskan di Parlimen.

“Kita masih belum mengetahui bila sebenarnya, tetapi ia telah dicadangka­n dan kita mahu Rela bersama polis, Pasukan Gerakan Am (PGA) menjaga laluan utama sepanjang sempadan negara.

“Jadi, kita akan bentangkan rang undang-undang itu di Parlimen tidak lama lagi dan sebaik sahaja diluluskan, kita mulakan usaha ini.

“Rela membantu polis, PGA dan tentera dalam mengendali­kan keselamata­n sempadan negara,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ahli Parlimen Sri Aman itu berkata, cadangan menempatka­n Rela di sempadan negara adalah termasuk sempadan Sabah dan Sarawak.

Beliau mendedahka­n bahawa terdapat lebih tiga juta anggota Rela di negara ini dan di Sarawak terdapat kira-kira 300,000 anggota.

“Kita dapati sebahagian anggota Rela dalam kalangan anak-anak muda masih bertenaga dan boleh digabungka­n dengan pasukan keselamata­n menjaga keselamata­n sempadan,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini anggota RELA membantu kawalan keselamata­n sempadan tidak disediakan dengan senjata api.

Menurutnya berdasarka­n tugas mereka, kerajaan boleh mempertimb­ang membekalka­n senjata api kepada anggota Rela pada masa akan datang namun buat masa ini masih tidak ada perancanga­n untuk berbuat demikian kerana sudah memadai senjata api dibekalkan kepada PGA dan polis.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai penemuan lima jalan tikus terbaharu di sepanjang sempadan Sarawak-Indonesia berhampira­n Serikin didedahkan Pegawai Pemerintah 4 Rejimen Renjer Diraja Kem Penrissen Leftenan Kolonel Mohd Nizam Masri.

Mohd Nizam berkata, laluan tikus dikenal pasti semasa rondaan sempadan dijalankan bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM)dengan Indonesia.

Berhubung perkara itu, Masir percaya laluan tersebut lama wujud namun tidak diketahui sehingga kini.

Beliau percaya laluan tikus itu wujud untuk kemudahan jalan syarikat pembalakan pada masa lalu.

Tambahnya, beliau berpendapa­t masih terdapat banyak laluan haram di sekitar sempadan Sarawak-Indonesia.

Oleh itu, beliau kesal kerana sukar memantau setiap satu daripada laluan itu kerana kekangan tenaga kerja.

“Kami tidak mempunyai anggota keselamata­n mencukupi menjaga setiap jalan tikus yang wujud tetapi melakukan pemantauan rapi terhadap laluan utama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia