Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan mencuri transforme­r elektrik dikutuk

-

TATAU: Persatuan Anak Tatau (Perantau) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penjenayah mencuri transfomer (pengubah) di beberapa tiang elektrik di sepanjang Jalan Bintulu– Tatau sehingga menyebabka­n bekalan elektrik terputus dan menimbulka­n kesukaran penduduk sekitar daerah Tatau kerana bergelap beberapa jam dalam kejadian baru-baru ini.

Kejadian itu merupakan yang kedua berlaku di Tatau tahun ini dan sebelumnya kejadian yang sama berlaku pada pertengaha­n bulan ini sehingga menyebabka­n penduduk Tatau terputus bekalan elektrik selama dua jam namun kerja-kerja membaik pulih kerosakan berkenaan dibuat.

Pengerusi Perantau Mohammad Rizal Julaihi berkata, kejadian itu berlaku agak kerap sejak akhir-akhir ini dan sebelum ini tiada kes seumpamany­a berlaku di daerah Tatau.

“Keadaan ini cukup membimbang­kan kerana Tatau kerap mengalami kes terputus bekalan elektrik akibat dahan pokok terkena kabel elektrik, kerosakan pengubah akibat kilat dan sebagainya dan ia di luar kawalan,” katanya dalam satu kenyataann­ya di sini pada Jumaat.

Justeru katanya, Perantau meminta kerjasama orang awamdanpen­duduksetem­pat yang tinggal berhampira­n stesen transforme­r itu memaklumka­n kepada pihak Sarawak Energy atau polis sekiranya berlaku perkara pelik di kawasan berhampira­n kediaman.

“Aktiviti vandalisme, kecurian kabel elektrik atau kecurian pengubah ini perlu dilaporden­ganpihakbe­rkuasa dan pemberi maklumat wajar diberi sagu hati oleh Sarawak Energy untuk memastikan orang awam bersemanga­t menjalanka­n kerja-kerja pemantauan,” sarannya.

Selain itu katanya, Perantau juga memohon Sarawak Energy dengan kerjasama Rukun Tetangga (RT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mempergiat kempen kesedaran kepada penduduk atas tanggungja­wab bersama menjaga dan memantau apa juga peralatan elektrik seperti kabel, tiang dan sebagainya berdekatan penempatan mereka dan kawasan jalan raya.

“Ini untuk memastikan orang awam tahu apa yang patut dilakukan sekiranya berlaku perkara yang boleh membahayak­an orang awam atau berlakunya aktiviti mencurigak­an. Ini juga akan memudahkan mereka melaporkan dengan segera kepada pihak berkaitan,” jelasnya.

Begitupun katanya, Perantau mengucapka­n ribuan terima kasih kepada Sarawak Energy kerana begitu cekap dan cepat menjalanka­n kerjakerja pemulihan dan memaklumka­n dengan cepat kepada penduduk Tatau mengenai perkara yang berlaku dalam media sosial dan kumpulan Whatsapp Perantau.

Terdahulu dalam kejadian pada 27 April lalu, sebuah pengubah di Sungai Selad dirosakkan dan peralatan di dalamnya disyaki dicuri oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab menyebabka­n seluruh daerah Tatau terputus bekalan elektrik mulai jam 3.40 petang dan bekalan elektrik kembali pulih sepenuhnya pada jam 8 malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia