Utusan Borneo (Sabah)

Warga peladang akan miliki pejabat moden

-

KUCHING: Warga peladang di negeri ini bakal mempunyai Ibu Pejabat Pertubuhan Peladang baharu bernilai RM20 juta yang akan dibina di Kota Samarahan.

Perkara itu didedahkan Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg yang memberitah­u, untuk itu beliau akan mencari tanah yang bersesuaia­n untuk tapak pembinaan ibu pejabat itu.

“Kita cari tapak yang baharu di kawasan Samarahan, di sana kita bangunkan ibu pejabat baharu yang berharga RM20 juta dan ini akan memberi simbol bahawa peladang Sarawak adalah peladang yang moden dalam membangunk­an sektor pertanian di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peladang Nite 2017 yang dihadiri lebih 1,000 ahli Pertubuhan Peladang dari seluruh Sarawak di sebuah hotel terkemuka di sini malam Jumaat.

Malah, Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Urbanisasi berkata, ibu pejabat baharu itu akan dibina dengan reka bentuk moden dan terkini serta dilengkapi dengan kemudahan teknologi maklumat (ICT).

“Ini akan menjadi langkah pertama kita untuk menjadikan Pertubuhan Peladang menjadi pusat mengumpul bahan pertanian dan mengagihka­n ke pasaran luar.

“Inilah pendekatan baharu kita dan saya yakin Pertubuhan Peladang dapat membangunk­an sektor pertanian moden di luar bandar di negeri ini,” tambahnya.

Dalam usaha membantu warga pertubuhan peladang di negeri ini, Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Kesenian itu berkata, satu projek perintis akan dilaksanak­an untuk warga peladang bagi membangunk­an sektor pertanian secara moden dan berasaskan ICT.

“Kita tengok bagaimana ia berjaya, kita akan cari tanah bagaimana Pertubuhan Peladang membangun secara moden termasuk ICT dengan penjualan ke negara luar, kalau ini berjaya kita boleh perluaskan ke kawasan lain,” jelasnya.

Selain itu, Abang Johari berkata baru-baru ini kerajaan negeri meluluskan peruntukan dana ekuiti berjumlah RM100 juta untuk diagihkan kepada industri luar bandar berasaskan pertanian.

“Peruntukan berjumlah RM100 juta ini merupakan kerjasama dalam bentuk modal atau ‘venture capital’ kepada industri asas tani bagi kawasan luar bandar negeri ini,” jelasnya.

Menurutnya lagi, bagi kawasan yang sukar dihubungi melalui jalan raya, kaedah mengutip hasil tani menerusi kapal terbang ringan akan dilakukan sebagaiman­a yang akan diusahakan di Projek Agropolita­n Bukit Sadok dan Rajang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia