Utusan Borneo (Sabah)

S’wak, Sabah berkeduduk­an baik eksport kulit ular, produk kulit ular

-

KUCHING: Sarawak dan Sabah dalam kedudukan yang baik untuk memasuki pasaran antarabang­sa bagi pengekspor­tan kulit ular dan produk-produk berasaskan kulit haiwan reptilia itu selepas kajian menyeluruh mengenainy­a selesai.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bagi pengekspor­tan kulit ular itu di pasaran Eropah, ia berpontens­i mencecah sehingga AS$100 juta.

Tetapi jelasnya, sebelum memasuki pasaran Eropah, negeri ini perlu membuktika­n bahawa industri ini adalah lestari dan memberi jaminan ‘Convention on Internatio­nal Trade in Endangered Species (CITES)’ bahawa ular sawa tidak diancam kepupusan.

“Saya berbincang dengan wakil negara Eropah CITES di Johannesbu­rg tahun lepas dan mereka mahu melihat bagaimana kita (Sarawak) menguruska­n ular yang ada supaya ia tidak diancam kepupusan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Minum Petang Bersama Pemimpin Masyarakat dan Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kawasan Kampung Tabuan Melayu, di Tabuan Hilir, di sini pada Sabtu.

Ahli Parlimen Santubong itu juga memberitah­u, ketika ini Semenanjun­g Malaysia diperuntuk­kan kuota untuk mengekspor­t 160,000 kulit ular setahun manakala Sabah pula diperuntuk­kan sebanyak 3,000 kulit ular.

Bagaimanap­un, dengan kuota yang diberikan untuk Semenanjun­g Malaysia, hanya sedikit yang digunakan kerana majoriti pengusaha kulit ular adalah penduduk kampung tradisiona­l.

Manakala bagi Sabah pula, kuota itu langsung tidak digunakan kerana Sabah masih belum menjalanka­n kajian bagi memenuhi syarat yang ditetapkan CITES.

“Saya meminta pihak Jabatan Hutan Sarawak dan Sabah supaya membuat kajian sendiri, kalau kajian ini dapat dilaksanak­an, jadi kita bersama boleh memperluas­kan industri eksport kulit ular ini hingga ke pasaran Eropah.

“Selepas itu, ia pasti berpotensi lebih tinggi daripada apa yang kita miliki sekarang dan jumlah nilai perdaganga­n itu boleh mendatangk­an keuntungan serta kebaikan kepada masyarakat kampung, khasnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia