Utusan Borneo (Sabah)

Dayak berkemampu­an perlu bantu golongan memerlukan

-

KUCHING: Golongan berkemampu­an di kalangan kaum Dayak perlu bersatu dalam membantu meringanka­n beban orang yang kurang bernasib baik, yang memerlukan dan miskin dalam komuniti berkenaan.

Menteri Muda Kesihatan Awam Datuk Dr Jerip Susil berkata amalan itu sangat penting agar masyarakat Dayak dapat mengecapi kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

“Dalam kehidupan yang semakin mencabar sekarang, yang kaya menjadi semakin kaya dan miskin menjadi semakin miskin... maka kita tidak mahu perkara ini berlaku termasuk dalam kaum Dayak.

“Oleh itu, golongan yang berkemampu­an perlu mempunyai kesedaran untuk menyumbang kepada orang yang memerlukan khususnya dalam komuniti sendiri bagi mengubah kehidupan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual selepas menyempurn­akan Majlis Pelancaran Pertubuhan Kebajikan Dayak Bersatu Sarawak (PKDBS) Bahagian Kuching di Kampung Simuti, Padawan dekat sini pada Sabtu.

Turut hadir Presiden PKDBS Datuk Joseph Unggu dan Pengerusi PKDBS Kuching Michael Kanai.

Dr Jerip yang juga Adun Mambong menambah, pertubuhan amal berkaitan kaum Dayak turut diperlukan untuk memainkan peranan menyalurka­n bantuan kepada komuniti yang memerlukan.

“Pertubuhan amal perlu tampil menyalurka­n bantuan kebajikan kepada orang yang memerlukan untuk memastikan masyarakat kita tidak terus dibelenggu kemiskinan, termasuk golongan yang tidak bernasib baik seperti ibu tunggal dan sebagainya,” katanya.

Sementara, Joseph berkata PKDBS yang ditubuhkan pada 2015 kini mempunyai seramai 35,000 ahli di seluruh negeri, dengan ahli teramai adalah di Sibu diikuti Kapit, Miri dan Kuching.

Beliau menambah, penubuhann­ya di keseluruha­n 11 bahagian negeri ini juga mempunyai protem kecuali Limbang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia