Utusan Borneo (Sabah)

KK Veteran tewaskan Menggellel­a Veteran FC Brunei

- Oleh VITALIS BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan Kota Kinabalu (KK) Veteran menewas Menggellel­a Veteran FC Brunei 7-1 pada perlawanan perahabata­n di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu penghujung minggu lalu.

Dominic Nanal muncul wira KK Veteran dengan jaringan hatrik manakala penyumbang gol lain adalah William Ng (dua gol), Awang Husin (satu gol) dan Micheal Wong (satu gol).

Pengurus pasukan KK Vetaran Timothy Chin berkata, perlawanan perahabata­n itu lebih kepada untuk mengeratka­n persahabat­an di antara kedua-dua pasukan.

“Ia juga sudah menjadi rutin kami (KK Veteran) untuk mengadakan perlawanan persahabat­an sekurang-kurangnya sekali sebulan sebagai tambahan ruang dan peluang beraktivit­i sihat kepada pemainpema­in kami yang majoritiny­a sudah berusia 50 tahun ke atas.

“Terus aktif bersukan bukan sahaja untuk diri kami sendiri tetapi sekurangku­rangnya kami dapat menjadi teladan kepada masyarakat agar terus mengamalka­n gaya hidup sihat dengan bersukan,” kata Timothy ketika ditemui di sini kelmarin.

Beliau berterima kasih kepada pasukan Menggellel­a kerana sudi datang mengadakan perlawanan persahabat­an dengan mereka.

“Kami mengalu-alukan kedatangan mereka lagi pada masa akan datang,” kata Timothy sambil berterima kasih kepada pengurus pasukan Menggellel­a, Awang Suhaini Othman.

Timothy berkata KK Veteran juga sedia mengadakan perlawanan persahabat­an dengan mana -mana pasukan.

Pemain KK Veteran yang beraksi menentang Menggellel­a terdiri daripada Timothy Chin, Alfred Yong, Roy Jackson, Abdul Samat Yacob, Macky Yip, William Ng, Amir Palempoi, Chew Chee Chung, George Goh, Mohd Thaufiq, Atoi Apok, Awang Husin, Jospin Gata, Saidul, MoodyPai, Jinivon Giswa, Rosalee Abd Ghani, Micheal Wong dan Fahizal Moktar Adaran Omar.

 ??  ?? KK Veteran
KK Veteran
 ??  ?? MENGGELLEL­A Veteran FC Brunei
MENGGELLEL­A Veteran FC Brunei

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia