Utusan Borneo (Sabah)

Joker FC muncul juara

Tewaskan Mixcer FC dalam penentuan sepakan penalti Liga Bola Sepak Veteran

- Oleh ALFRED PETRUS

TUARAN: Perlawanan sengit antara dua pasukan veteran bola sepak akhirnya memihak kepada Joker FC selepas menang penalti 4-3 yang berlangsun­g di Padang

Tamparuli, di sini barubaru ini.

Joker FC merangkul kejuaraan Liga Bola Sepak Veteran 11 Sebelah Tertutup Keenam 2017 selepas menewaskan Mixcer FC pada sepakan penalti apabila seri 2-2 pada perlawanan akhir itu.

Jaringan terakhir penalti itu berjaya menembusi gawang gol Mixcer FC menjadikan kedudukan 4-3 sekaligus memberi kemenangan kepada Joker FC.

Melalui kemenangan itu, Joker FC membawa pulang piala pusingan, piala rebutan, medal, sijil dan wang tunai berjumlah RM350.

Manakala, tempat kedua (Mixcer FC) dan ketiga yang dimenangi oleh Riverside FC masing-masing membawa pulang wang tunai RM250 dan RM200 berserta, piala rebutan, sijil serta medal.

Sementara itu, Jasneh Amat, 51, dinobatkan sebagai penjaring terbanyak dan terpantas pada kejohanan berkenaan.

Jasneh berkata anugerah berkenaan adalah hasil daripada kesungguha­n serta semangat juang tinggi yang ditunjukka­n oleh pasukannya.

“Semua pasukan bermain sepenuh hati walaupun usia menjangkau dan berpuas hati dapat menunjukka­n semangat kesukanan masing-masing.

“Saya juga ingin mengucapka­n syabas kepada semua pasukan yang bertanding, mereka bermain dengan baik dan memberi saingan yang cukup sengit,” katanya ketika ditemui media selepas perlawanan akhir berkenaan.

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Penganjur Masalin Gimban berkata semangat juang dan komitmen tinggi semua pasukan wajar dipuji dan berharap gaya hidup sihat pada setiap pemain dijaga dengan baik.

“Pertanding­an anjuran Kelab Bola Sepak (RRB) Tamparuli yang diadakan setiap tahun ini membolehka­n pemain yang terdiri dari golongan veteran 35 tahun ke atas diberi peluang bermain bola sebaik mungkin.

“Ia bertujuan mengeratka­n tali persaudara­an dalam kalangan pemain yang sudah lanjut usia sebagai senaman atau pergerakan menuju kesihatan fizikal dan jasmani individu,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Bahagian Parti Bersatu Sabah (PBS) Kiulu Janih Bangud merasmikan majlis penutupan dan penyampaia­n hadiah kejohanan berkenaan.

 ??  ?? PASUKAN Joker FC (jersi merah) dan Mixcer FC (jersi biru) merakamkan gambar kenangan bersama Janih (belakang sembilan kiri) dan Masalin (belakang sembilan kanan)sebelum memulakan perlawanan.
PASUKAN Joker FC (jersi merah) dan Mixcer FC (jersi biru) merakamkan gambar kenangan bersama Janih (belakang sembilan kiri) dan Masalin (belakang sembilan kanan)sebelum memulakan perlawanan.
 ??  ?? JASNEH menerima piala serta kasut baharu sebagai penjaring terbanyak dan terpantas.
JASNEH menerima piala serta kasut baharu sebagai penjaring terbanyak dan terpantas.
 ??  ?? TENDANGAN penalti pemain Joker FC menembusi penjaga gol Mixcer FC.
TENDANGAN penalti pemain Joker FC menembusi penjaga gol Mixcer FC.
 ??  ?? SIMBOLIK perasmian majlis perlawanan akhir dengan melakukan sepakan mula yang disempurna­kan oleh Janih.
SIMBOLIK perasmian majlis perlawanan akhir dengan melakukan sepakan mula yang disempurna­kan oleh Janih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia