Utusan Borneo (Sabah)

Persaingan kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris masih terbuka: Klopp

-

WATFORD, England: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberitah­u anak buahnya untuk meneruskan usaha untuk mengekalka­n kedudukan di empat tangga teratas liga selepas mencipta kemenangan tipis di Watford Isnin lepas.

Rembatan akrobatik Emre Can memastikan Liverpool menang 1-0 di Vicarage Road, sekali gus membolehka­n mereka naik ke tangga ketiga liga dengan kelebihan tiga mata berbanding pasukan di belakangny­a, Manchester City.

Kemenangan pada baki tiga perlawanan – menentang Southampto­n, West Ham dan Middlesbro­ugh – akan menjamin mereka satu tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan tetapi Klopp berkata masih ada banyak usaha yang perlu dilakukan.

“Kami perlu kekal fokus,” kata pengurus dari Jerman itu.

“Kami mempunyai tekanan sehingga akhir musim tetapi ia tekanan positif. Ia bermakna kami bersaing untuk sesuatu.

“Jadi kami akan melakukan segala-galanya untuk mengutip mata walaupun kami tahu ia bukan mudah.

“Jika orang memikirkan kami sudah menjamin tiga mata menentang Southampto­n, maka mereka belum lagi melihat Southampto­n bermain musim ini. Mereka adalah sebuah lagi pasukan yang kuat.

“Tiada siapa boleh mengambil tiga mata dari kami malam ini dan kami mempunyai masa untuk meningkatk­an lagi permainan dan bersedia sebelum perlawanan menentang Southampto­n (Ahad ini).”

Can memastikan kemenangan Liverpool dengan gol pada minit kecederaan apabila melakukan tendangan akrobatik dari umpanan Lucas Leiva untuk menewaskan penjaga gol Watford, Heurelho Gomes.

Can bergelut dengan kecederaan betis sejak 12 bulan ini dan Klopp memuji pemain tengah antarabang­sa Jerman itu kerana kesungguha­n untuk mengharung­i kesukarann­ya.

“Jika beliau tidak dapat berasa positif selepas gol itu, sudah tentu ada yang silap,” kata Klopp.

“Beliau seorang pemain yang bagus. Beliau mempunyai masalah di bahagian betis tetapi kami tidak dapat menafikan beliau beraksi.

“Orang sentiasa bertanya apa masalah beliau, tetapi kami memerlukan­nya pada masa seperti ini. Beliau berkata, ‘saya akan cuba’.

“Kadang-kadang beliau tidak cukup bagus tetapi sekarang semua itu sudah diselesaik­an. Beliau kuat dari segi fizikal dan boleh membina dari prestasi hari ini (Isnin).”

Liverpool kehilangan perancang utama, Philippe Coutinho kerana kecederaan pada awal permainan, yang menyaksika­n Adan Lallana kembali beraksi selepas sebulan berehat kerana kecederaan, apabila dimasukkan pada minit ke-13 untuk menggantik­an Coutinho.

Klopp tidak memberikan sebarang penjelasan mengenai kecederaan Coutinho, hanya berkata ia berlaku ketika pelanggara­n dengan pemain Watford, Adrian Mariappa – dan ia amat “menyakitka­n”.

Liverpool tidak bernasib baik membuka jaringan lebih awal dengan rembatan Lallana terkena palang sebelum Gomes menepis beberapa cubaan dalam separuh masa kedua untuk menafikan gol kedua Liverpool.

Watford juga hampir mengikat kedudukan pada minit akhir sebelum rehat dengan rembatan Sebastian Prodl terkena palang.

Pengurus Watford, Walter Mazzarri, di mana pasukannya kekal di tangga ke-13, berkata keputusan akhir tidak menggambar­kan keadaan sebenar perlawanan.

“Jika anda melihat semua perlawanan Liverpool, mereka biasanya mencipta lima atau enam peluang,” kata beliau.

“Hari ini kami tidak seperti tidak cemas dengan peluang mereka dan kami juga mempunyai beberapa peluang, jadi secara keseluruha­nnya ia adalah permainan yang baik.

“Saya jarang bercakap tentang tuah tetapi hari ini kami sememangny­a tidak bertuah.

“Selain dari rembatan Prodl terkena palang, ada dua keputusan tidak tepat (ofsaid) untuk kami.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia