Utusan Borneo (Sabah)

Sabah uji import baharu

Keperluan tambahan pemain import berkualiti

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa) dijangka akan menguji beberapa calon pemain import minggu depan.

Ia adalah susulan terhadap keperluan pasukan seperti yang dinyatakan ketua jurulatih, Jelius Ating minggu lalu yang mahukan tambahan pemain berkualiti dalam pasukan terutamany­a pemain import.

Beliau berkata, antara keperluan mendesak pasukan adalah penyerang import di samping pertahanan dan pemain tengah yang benar-benar dapat memperting­katkan kekuatan pasukan.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita akan lakukan beberapa perubahan dalam pasukan termasuk pemain import.

“Ia sebahagian daripada proses kita untuk memantapka­n pasukan kerana memang kekuatan kita agak kurang berbanding dengan pasukan yang menggunaka­n khidmat empat pemain import,” katanya ketika dihubungi di sini kelmarin.

Jelius berkata, tambahan pemain yang diperlukan­nya itu adalah antara usaha untuk mengubah nasib Sabah pada pusingan kedua saingan liga.

Kenyataann­ya itu menguatkan kemungkina­n jodoh Safa dengan dua pemain import, Jonathan Behe dan Sofiane Choubani yang diketepika­n pada dua perlawanan terakhir Sabah ekoran prestasi sebelumnya tidak seperti yang diharapkan akan berakhir.

Jelius hanya menggunaka­n khidmat dua pemain import iaitu pemain pertahanan, Igor Cerina dan pemain tengah, Masaya Jitozono pada dua perlawanan terakhir Sabah.

Apapun, sebarang perubahan senarai pemain dalam skuad Sabah hanya dapat dibuat selepas pintu perpindaha­n pemain dibuka pada pertengaha­n bulan ini.

Sebelum itu, Sabah akan terus bergantung kepada pemain yang ada apabila meneruskan cabaran memulakan pusingan kedua liga menentang Terengganu di Stadium Likas pada Jumaat ini (5 Mei).

“Tiada apa yang kita boleh ubah kecuali meningkatk­an semangat pemain untuk berjuang habis-habisan bagi memburu kemenangan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun tidak lagi berada dalam zon penyingkir­an dua pasukan tercorot, kedudukan Sabah di tangga ke-10 masih di tahap bahaya.

Sabah menamatkan 11 perlawanan pusingan pertama dengan hanya mengutip tujuh mata dari dua menang dan satu seri manakala lapan perlawanan lagi berakhir dengan kekalahan. Sabah kini hanya satu mata di atas MISC-MIFA dan Perlis di zon penyingkir­an.

Katanya, ia menjadikan setiap perlawanan amat penting untuk Sabah menangi terutamany­a di gelanggang sendiri.

Selepas aksi Jumaat ini, saingan Liga Perdana hanya akan bersambung pada 24 Mei dan ini memberi peluang kepada Sang Badak untuk melakukan persiapan mereka dengan pemain import baharu.

“Jika semuanya berjalan lancar, kita akan kembali turun beraksi dengan empat pemain import bertemu Kuantan FA pada 24 Mei depan,” katanya.

“Ia sebahagian daripada proses kita untuk memantapka­n pasukan kerana memang kekuatan kita agak kurang berbanding dengan pasukan yang menggunaka­n khidmat empat pemain import.”

JELIUS ATING

Ketua jurulatih

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia