Utusan Borneo (Sabah)

Perpaduan, kepelbagai­an budaya di Sabah perlu terus dipelihara

-

TAMBUNAN: Perpaduan dan kepelbagai­an suku kaum, budaya serta kepercayaa­n agama di Sabah adalah aset penting yang perlu terus dipelihara dan dipertahan­kan oleh rakyat negeri ini pada setiap masa, kata Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Beliau berkata keharmonia­n serta warna-warni seni budaya di negeri ini menjadikan Sabah unik dan istimewa, di samping memiliki kecantikan serta keindahan alam semula jadi yang berupaya menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara.

“Jika dahulu (kedatangan pelancong ke Sabah) satu atau dua juta orang sahaja, tetapi sekarang (kedatangan pelancong mencecah sehingga) 3.4 juta orang. Saya percaya (kedatangan pelancong akan meningkat) mungkin lima, enam atau 10 juta orang pada masa hadapan.

“Kita harus berbangga kerana mereka (pelancong) tahu Sabah adalah sebuah negeri yang unik dan indah. Walaupun kita terdiri daripada pelbagai suku kaum, agama dan budaya, kita boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni,” katanya.

Musa berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Pesta Kaamatan peringkat negeri 2017 bertemakan ‘Kaamatan Asas Perpaduan’ di sini kelmarin. Majlis pelancaran yang disempurna­kan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin itu, turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, serta menteri Kabinet negeri dan Persekutua­n.

Musa berkata pesta Kaamatan yang secara tradisinya disambut masyarakat Kadazan, Dusun, dan Murut bagi melahirkan kesyukuran terhadap hasil tuaian padi, berupaya menjadi platform dalam memperkuku­h semangat muhibah seterusnya menjadikan Sabah sebagai model terbaik dalam penyatuan budaya.

 ?? - Gambar Jabatan Ketua Menteri ?? JUHAR menuangkan padi ke dalam tangkob sebagai simbolik pelancaran sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dataran Pisompurua­n, Tambunan pada Isnin.
- Gambar Jabatan Ketua Menteri JUHAR menuangkan padi ke dalam tangkob sebagai simbolik pelancaran sambutan Pesta Kaamatan peringkat negeri di Dataran Pisompurua­n, Tambunan pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia