Utusan Borneo (Sabah)

547 guru baharu di Sabah terima surat penempatan

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Seramai 547 guru baharu melibatkan anak tempatan negeri ini bakal ditempatka­n di sekolahsek­olah seluruh Sabah.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, seramai 356 guru akan ditempatka­n di sekolah rendah dan 191 guru untuk sekolah menengah.

Menurutnya, penempatan guru baharu itu termasukla­h guru-guru interim yang dilantik ke sekolah-sekolah bermula awal tahun ini.

“Kesemua guru-guru baharu ini adalah anak tempatan Sabah dan hanya seorang guru yang berasal dari Sarawak tetapi sudah lama menetap di Sabah.

“Kemasukan guru-guru baharu ini menjadikan Sabah kini mencapai 84 peratus jumlah guru sekolah rendah dan 76 peratus guru sekolah menengah membabitka­n anak kelahiran Sabah.

“Penempatan ini juga selaras dengan matlamat Dasar 90:10 yang ditetapkan Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merealisas­ikan 90 peratus guru di Sabah adalah dalam kalangan anak tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Taklimat Penempatan Guru Baharu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS), di sini kelmarin.

Maimunah berkata, pihaknya menyedari terdapat jurang perbezaan status kedudukan guru antara kawasan bandar dan luar bandar di Sabah.

Sehubungan itu jelasnya, sesi penempatan kali ini lebih mengutamak­an daerah yang kekurangan guru berbanding daerah yang mencatatka­n kelebihan guru.

Katanya, JPNS sekali lagi mengambil pendekatan berkenaan bagi mengurangk­an jurang perbezaan status kedudukan guru antara daerah.

Pada masa sama jelasnya, ia membantu anak-anak didik sama ada di kawasan bandar atau luar bandar menikmati peluang pendidikan yang sama dan seimbang.

Sementara itu salah seorang guru baharu Eka Riana Rahman, 27, berkata, penempatan berkenaan membuka lebih banyak peluang kepada anak tempatan untuk berkhidmat di negeri sendiri.

Sebagai guru baharu katanya, banyak cabaran yang perlu dihadapi terutamany­a dalam memastikan kejayaan setiap pelajar.

Beliau yang berasal dari Tamparuli ini ditempatka­n di Sekolah Menengah (SM) Sung Siew Sandakan dan mengajar subjek bahasa Inggeris.

“Sebelum ini saya memang berkhidmat di sekolah yang sama sebagai guru interim sejak tahun lepas.

“Saya berharap, penempatan ini lebih membantu saya dalam melaksanak­an tanggungja­wab sebagai guru,” katanya.

 ??  ?? EKA RIANA
EKA RIANA
 ??  ?? MAIMUNAH (kiri) menyampaik­an surat penempatan kepada salah seorang guru baharu pada majlis itu.
MAIMUNAH (kiri) menyampaik­an surat penempatan kepada salah seorang guru baharu pada majlis itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia