Utusan Borneo (Sabah)

JPNS masih tunggu laporan siasatan kes pelajar lemas

- - Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) masih menunggu laporan terperinci dari sekolah berhubung kes pelajar lemas di sebuah resort di Membakut, Sabtu lepas.

Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Maimunah Suhaibul berkata, sebarang isu yang ditimbulka­n berkaitan kes berkenaan masih dalam siasatan.

Justeru katanya, tidak timbul soal kecuaian daripada manamana pihak memandangk­an kes terbabit masih dalam siasatan.

“Sama ada berlaku kecuaian atau sebaliknya, perkara ini masih dalam siasatan.

“Tetapi aktiviti merentasi laluan berair memang tidak dinyatakan dalam surat kebenaran yang dikeluarka­n sekolah kepada ibu bapa.

“Kita akan tengok selepas laporan siasatan diterima di mana kesilapan komunikasi dalam kalangan anak-anak yang mengikuti perkhemaha­n ini,” jelasnya.

Maimunah ditemui media selepas Taklimat Penempatan Guru Baharu Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah JPNS, di sini kelmarin.

Beliau berkata, bagi pelajar lain yang terselamat dan masih trauma akibat dari kejadian itu, mereka akan diberikan kaunseling bersama guru yang terlibat.

“Bukan mudah untuk mereka termasukla­h pelajar dan guru menghadapi keadaan ini.

“Kami juga amat berterima kasih kepada ahli keluarga pelajar yang menjadi mangsa atas penerimaan mereka terhadap kejadian yang menimpa anak-anak mereka.

“Ini menunjukka­n satu kerjasama yang baik antara keluarga, sekolah dan jabatan sendiri,” katanya.

Sabtu lepas, kira-kira jam 9.30 pagi tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putatan ditemukan mautakibat lemas ketika mengikuti aktiviti perkhemaha­n di sebuah resort di Membakut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia