Utusan Borneo (Sabah)

Ketua-ketua gengster menunggu masa untuk dicekup

-

IPOH: Pihak polis telah mengenal pasti ketua kumpulan gengster di seluruh negara yang tangkapan ke atas mereka akan dilakukan menerusi operasi khas tidak lama lagi, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau berkata dengan tangkapan itu, kegiatan gengsteris­m di negara ini diyakini dapat dihapuskan secara drastik tidak lama lagi.

“Dalam tempoh setahun enam bulan ini, kita akan dapat jatuhkan kegiatan gengsteris­me menerusi pendekatan baharu yang digunakan polis ketika ini, “katanya dalam sidang media pada Majlis SerahTerim­a Tugas Ketua Polis Perak di Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kegiatan gengsteris­me yang dilapor menular dalam kalangan pelajar sekolah.

Dalam perkembang­an berkaitan, Noor Rashidberk­ata seramai 40 anggota geng 24 dan 36 telah diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Pencegahan Khas) 2012 (SOSMA).

“Selepastin­dakandiken­akan ke atas anggota kumpulan 24 dan 36, aktiviti gengster telah menurun sehinggaka­n barubaru ini mereka menggunaka­n pula taktik baharu dengan melibatkan pelajar sekolah.

“Mereka (anggota kumpulan) tahu tindakan yang dikenakan ke atas pelajar agak sederhana iaitu dibawa h Kanun Keseksaan berbanding mereka yang dikenakan tindakan di bawah SOSMA yang apabila didakwa, mahkamah tidak akan memberi ikat jamin sehingga selesai perbicaraa­n kes,” katanya.

Noor Rashid berkata pihak polis akan meningkatk­an lagi hubungan dengan sekolah sebagai usaha untuk memerangi kegiatan gengsteris­me dalam kalangan pelajar.

Pada majlis itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Abd Rahim Hanafi menyerahka­n tugasnya untuk disandang Datuk Hasnan Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia