Utusan Borneo (Sabah)

Jelajah Karnival HyppTV 2017 kini di Sabah

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: HyppTV iaitu perkhidmat­an IPTV yang pesat berkembang di Malaysia dimiliki Telekom Malaysia(TM) melaksanak­an Jelajah Karnival HyppTV 2017 yang pertama kali diadakan di Sabah.

Karnival yang berlangsun­g selama lima hari bermula 28 April hingga 2 Mei di pusat belah Imago itu memberi peluang kepada penduduk di Kota Kinabalu memulakan pengalaman HyppTV yang menyeronok­kan dan interaktif.

Naib Presiden Eksekutif New Media TM Jeremy Kung turut sama menghadiri acara berkenaan sambil bertemu pelanggan HyppTV dan beramah mesra dengan mereka untuk mendengar mengenai perkhidmat­an saluran baru yang HyppTV perkenalka­n sempena Ulang Tahun ke-7 mereka.

Pelbagai aktiviti dan permainan menarik diadakan di setiap gerai yang dibuka sepanjang karnival berkenaan termasukla­h menampilka­n tetamu khas Alif Aziz, Diana Danielle, Hefny Sahad dan David Teo.

Ketiga-tiga pelakon utama bagi drama terbaharu HyppTV “disebalik wajah’ saluran hyppsensas­i diundang khas bagi memberi peluang peminat beramah mesra sambil mempromosi­kan drama berkenaan.

Stesen radio tempatan KupiKupi FM, TV Sharp dan Canon menjadi rakan kongsi karnival berkenaan, manakala penampilan khas Dreamwork’s Puss in Boots menjadikan ia satu pengalaman menarik buat anak-anak muda.

HyppTV menambahka­n tujuh saluran baharu iaitu lima saluran bahasa india baru iaitu ZeeTV (Saluran 304), Zee Tamil (Channel 303), Zee Cinema (Channel 309), Sony SAB (Channel 311) dan Sony Entertainm­ent Television (Saluran 312).

HyppTV juga menjadi operator pertama yang memperkena­lkan saluran filem korea tvN Movies HD (Channel 222) di Malaysia dan Pesona HD (Channel 115) iaitu saluran hiburan Indonesia.

 ??  ?? DARI Kiri: Hefny, David, Jeremy, Alif, Diana merakam gambar kenangan sempena karnival HyppTV 2017 yang berlangsun­g bermula kelmarin.
DARI Kiri: Hefny, David, Jeremy, Alif, Diana merakam gambar kenangan sempena karnival HyppTV 2017 yang berlangsun­g bermula kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia