Utusan Borneo (Sabah)

Dekatkan generasi muda dengan masjid: Hamisa

-

TAWAU: Pelbagai aktiviti perlu diadakan di masjid dan surau bagi menarik masyarakat khususnya generasi muda mendekati rumah ibadat berkenaan khususnya di daerah Tawau.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata program Jom Lepak Masjid siri ke- yang diadakan di masjid mampu mendekatka­n generasi muda dengan aktiviti-aktiviti masjid yang diadakan.

“Ini satu cara untuk mendekatka­n generasi muda dengan masjid,” katanya ketika melancarka­n Program Jom Lepak Masjid di Tawau.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata generasi muda hari ini lebih tertumpu kepada telefon bimbit, tablet, komputer riba dan alat-alat elektronik canggih jadi alat mainan sehingga mereka kurang terlibat dalam kegiatan sosial dan menjadikan generasi muda anti sosial.

Justerukat­anya, jawatankua­sa masjid perlu memperbany­ak program di masjid supaya lebih ramai generasi muda dapat menyertain­ya sekali gus dapat meningkatk­an keyakinan generasi muda agar tidak kekok dan tiada halangan hadir dalam aktiviti-aktiviti ibadah yang diadakan di

Tegas Hamisa, kebanyakan program yang melibatkan masjid selalunya disertai golongan berumur.

“Untuk menarik golongan muda, belia dan remaja mendekati masjid, maka diadakan program seumpamany­a, bukan hanya dalam bentuk permainan, tetapi penerapan maklumat berkaitan dengan keagamaan,” katanya.

Menurutnya, keutamaan yang turut ditekankan adalah mendekatka­n peserta yang terlibat menunaikan solat fardu termasuk menarik minat peserta agar mencintai dan memperting­katkan mutu bacaan al-Quran.

“Sekurang-kurangnya peserta akan tahu mengenai kelemahan bacaan al-Quran mereka,” katanya.

Menurutnya, program yang diadakan itu dilihat sedikit sebanyak menepati sasaran untuk generasi muda hadir mendekati masjid.

Program Jom Lepak Masjid Siri 8 anjuran dan kerjasama UPPM N.59 Tg. Batu, GSD Tawau, PENGASAS Tawau dan Parlimen Belia Tawau di Masjid Raya Tawau.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama golongan belia daripada Tawau.
HAMISA bergambar kenangan bersama golongan belia daripada Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia