Utusan Borneo (Sabah)

Polis buka kertas siasatan berhubung kes dera amah

-

MELAKA: Pihak polis telah membuka kertas siasatan berhubung kes dera tiga pembantu rumah warga Indonesia pada Sabtu lepas dan penahanan dua suspek warga tempatan.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Jalil Hassan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabka­n kecederaan dan pada masa sama polis memohon perlindung­an untuk mangsa, daripada pihak Mahkamah mengikut Seksyen 44 Akta Anti Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007.

Beliau berkata suspek wanita berusia 50-an dan anak lelakinya berusia 20-an yang disyaki terbabit dalam kes berkenaan telah direman selama tujuh hari bermula Isnin lepas.

“Ketiga-tiga pembantu rumah berkenaan kini berada di bawah perlindung­an sementara atas perintah mahkamah dan ditempatka­n di Rumah Perlindung­an Wanita di Kempas, Johor selama 21 hari bermula semalam,” katanya kepada pemberita di sini kelmarin.

Beliau menghadiri program lawatan ke Hospital Melaka sempena sambutan Hari Polis Ke-210 yang turut dihadiri Timbalan Pengarah Perubatan Hospital Melaka, Dr Zulkarnain Mohd Rawi.

Media melaporkan tiga pembantu rumah tersebut mengambil tindakan nekad untuk melarikan diri dan kemudian meminta bantuan daripada orang ramai kerana dikatakan tidak tahan didera oleh majikan mereka di Bukit Katil..

Ketiga-tiga pembantu rumah terbabit mendakwa mereka sering dipukul hingga mendatangk­an kecederaan, malah gaji yang seharusnya diterima mereka didakwa disimpan majikan terbabit.

Sementara itu, Abdul Jalil berkata Polis Melaka akan melancarka­n skuad rondaan berbasikal Khamis ini dalam usaha membendung kegiatan jenayah dan aktiviti tidak sihat di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia