Utusan Borneo (Sabah)

‘Ranau Di Hatiku’ jadi produk pelanconga­n

Semakin mendapat sambutan menggalakk­an pengunjung tempatan dan pelancong luar

- Oleh JAINUDIN NASIR

PROGRAM Santai Mingguan Belia bertemakan `Ranau Di hatiku’ yang diadakan setiap Sabtu dan Ahad di Tapak Tugu Peringatan 100 Tahun Sabah Pekan Ranau, kini semakin mendapat sambutan menggalakk­an.

Ia bukan sahaja menghimpun­kan pengunjung tempatan terutama belia dan beliawanis, tetapi juga menarik perhatian pelancong dalam dan luar negara.

Tinjauan penulis ke tapak berkenaan Sabtu lepas, menyaksika­n ratusan pengunjung tempatan dan asing menghadiri­nya.

Pelancong luar negara termasuk dari United Kingdom, China, Singapura, Australia dan Belanda.

Pelancong lebih ramai tertarik dengan pelbagai pameran kraftangan tempatan dan makanan tradisi halal seperti linopot, serunding tuhau, madu kelulut dan alat bunyian tradisiona­l seperti bungkau, turiong, turali, sompoton,

gong dan banyak lagi.

Seorang gadis warga Belanda, Helena W. Smith, 28, menyatakan dia berminat dan tertarik hati dengan

‘bungkau’ yang diperbuat daripada ‘polod’ kerana mempunyai keunikan tersendiri.

“Yang menarik perhatian saya ialah alat ini boleh mengeluark­an bunyi dan irama tertentu apabila ditiup. Alat seperti ini tiada di negara saya,” katanya yang sudah belajar bertutur dan menyebut beberapa perkataan bahasa tempatan (Dusun) dan Bahasa Melayu.

Antara perkataan boleh disebutnya termasuk

‘Poinsikou’ (terima kasih), ‘dari mana’, ‘isai ngaran nu’ (siapa nama kamu), ‘apa khabar’, ‘aramaitii’ (meriah sungguh).

Helena juga sempat berkunjung ke beberapa gerai pameran dan jualan di sekitar tapak Santai itu dan membeli beberapa alat tradisi yang mempunyai corak anyaman menarik.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemasyarak­atan Dalam Bandar (JKDB) yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Santai ‘Ranau Di hatiku’, Tan Eng Sing, menyifatka­n program itu sangat berkaya dan boleh dijadikkan sebagai produk pelanconga­n. Katanya, ini kerana ia menjadi wadah persembaha­n seperti senamrobik, koir, karaoke, persembaha­n buskers, lawak santai dan sebagainya. “Program ini bertujuan menghimpun­kan seberapa ramai belia dan beliawanis daerah Ranau untuk melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti positif, dan hari ini ia sudah mula dikenali dan dikunjungi oleh ramai pelancong asing,” katanya.

 ??  ?? SEORANG warga emas menunjukka­n teknik membunyika­n ‘bungkau’ kepada Helena.
SEORANG warga emas menunjukka­n teknik membunyika­n ‘bungkau’ kepada Helena.
 ??  ?? SALAH seorang pengunjung santai membuat persembaha­n alat bunyian ‘turiong’.
SALAH seorang pengunjung santai membuat persembaha­n alat bunyian ‘turiong’.
 ??  ?? SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menyertai acara senamrobik di awal pagi.
SEBAHAGIAN kanak-kanak yang menyertai acara senamrobik di awal pagi.
 ??  ?? HELENA merakam gambar bersama pengunjung tempatan.
HELENA merakam gambar bersama pengunjung tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia